Saturday, December 19, 2009

Jikalau Malaysia diserang....

Penulis : wan panglima

Entahla nak kata kelakar atau sedih dengan kualiti pertahanan negara. Sebuah Enjin jet pejuang negara boleh lesap??? Enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur hilang/lesap/ghaib ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah. Entah gila ke apa?? Bagaimana Enjin seberat beratus kilogram itu boleh dibawa keluar dan dijual pula ke Eropah??

Paling kurang cuba kita fikirkan begini;

1. Enjin itu pastinya perlu dibawa keluar daripada Pangkalan Udara... Tempat yang paling banyak tentera yang sepatutnya melindungi negara kita boleh dilepaskan?? Bagaimana kalau ada yang bawa keluar senjata?? Bom??

2. Apabila Enjin itu berjaya dibawa keluar... Pastinya perlu melalui kastam atau mana-mana peronda sempadan untuk dibawa ke Eropah... Macam mana boleh bolos??? Weiii... ini bukan main bola... Ini kedaulatan negara!!!

Friday, December 18, 2009

Tentera Selempang Merah : Allahyarham Tuan Haji Kiyai Salleh Bin Karim (Panglima Salleh)

Pemimpin Tentera Selempang Merah banyak berjasa halang kekejaman askar PKM di Batu Pahat, Johor

"SEKIRANYA tiada Panglima Salleh, mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis," demikian ulas penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang kembali sejarah perjuangan Salleh Abdul Karim yang kini semakin dilupakan ramai pihak.

Beliau berkata, jasa Panglima Salleh amat besar malah mungkin setaraf dengan perjuangan tokoh terdahulu seperti Tok Janggut dan Mat Kilau tetapi melewati masa, nama pahlawan itu semakin dilupakan dan tidak mustahil akan hilang dalam catatan sejarah negara, suatu hari nanti.

"Walaupun tidak banyak catatan mengenai perjuangan dan kehidupan beliau yang direkodkan dalam sejarah tanah air, nama Panglima Salleh tetap kekal diingati dan disebarkan menerusi lisan oleh penduduk sekitar Batu Pahat dan Muar."

"Walaupun hampir setengah abad tokoh pahlawan itu meninggal dunia, kisah keperwiraan Panglima Salleh tetap diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya di Johor dan semangat beliau dijadikan teladan buat anak muda hari ini," katanya.

Sememangnya benar berbanding dengan nama pahlawan lain seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Gajah atau Leftenan Adnan, mungkin ramai tidak mengenali siapakah Salleh Abdul Karim yang turut digelar Panglima Salleh.

Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Batu Pahat dan Muar, tokoh itu bangun 'mengamuk' menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.

Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan 'Tentera Selempang Merah' yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati.

Wednesday, December 9, 2009

Tanjung Bungah Pulau Pinang dan Mee Udang Kuala Sepetang

Penulis : Sahabat Insaf

Kali ini nak tambah segmen blog untuk kategori pelancongan. Baru-baru ini saya pergi ke Pulau Pinang dan menginap di NAZA Talyya hotel di Tanjung Bungah. Pergi bersama isteri, ayah dan ibu dan juga abang ipar dan kakak serta anak-anak buah. Tanjung Bungah berada sebelum Batu Feringghi dan mempunyai keindahan pantai yang bagi saya lebih hebat dan lebih bersih daripada Batu Feringghi. Pilihan untuk tinggal di sini memang berbaloi sebab saya memang tidak suka dengan suasana sesak di Batu Feringghi... Nak cari pantai yang bersih pun susah.

Lagipun Hotel NAZA ni kepunyaan bumiputera/Islam jadi tak ragu-ragu dengan makanan di sana. Dengan 2 katil single bed berharga RM160/malam anda boleh turun daripada bilik dengan pakaian mandi dan terus ke laut mandi sepuas-puasnya... heheh lepas dah mandi boleh terus naik balik ke bilik bersihkan badan pastu tido jap.

Wednesday, November 25, 2009

Bahaya Taklid Dalam Tauhid


umat islam hanya mentauhidkan Allah yang esa dan tidak menyembah makhluk lain.

Oleh : DR. ASMADI MOHAMED NAIM

APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.

Friday, November 20, 2009

SKMM Mula Bertindak!! Laman Web Celaka Bakal Dijahanamkan!

Penulis : Wan Amurks

Membaca berita tentang isu laman web yang menyesatkan dan menghina Islam bakal diambil tindakan oleh SKMM sememangnya melegakan. Alhamdulillah di atas keprihatinan SKMM. Perkara ini telahpun dibangkit di Dewan Rakyat pada persidangan yang lalu atas keprihatinan beberapa ahli parlimen. Tahniah diucapkan.

Antara yang telah dan bakal diambil tindakan ialah :

www.syurgaislam.blogspot.com


www.faithfreedom.org (Geng-geng Meriam Rasul Palsu wanita dan free thinker memang suka lepak kat tempat-tempat macam ni!)

manatuhanallah.wordpress.com (Celaka lagi menyesatkan! Laknat Allah ke atas pembuat dan sesiapa sahaja yang bersubahat membuat blog ini! Blog ini memperjuangkan penzahiran Allah dalam bentuk manusia di akhir zaman... Laknat! Laknat! Laknat!! Sakit hati apabila membacanya)

tokbatinsenoi.blogspot.com (Dah tukar nama baru-baru ni tokbatinsenoi-x.blogspot.com/)

Tinjauan penulis ke atas blog-blog di atas mendapati sebahagian blog telahpun disekat/dilupus/dihapus, tetapi tidak diketahui samaada SKMM atau tuan punya blog yang melakukannnya. Laman Tok Batin senoi pula kini hanya boleh dilayari by invitation only. Tak kisahlah janji mereka tengah panas punggung.

Walaupun sebelum ini saya pun menjadi keliru akan fungsi SKMM namun mungkin berita ini boleh menjadikan saya semakin berprasangka baik kepada badan ini.

Tuesday, November 3, 2009

Penangkapan Dr. Asri : Kemuncak sebuah kekeliruan

Penulis : Sahabat Insaf

Saya cuba menahan diri daripada menulis isu-isu agama yang berat terutama berkaitan pertembungan Wahabi Vs Ahlus sunnah wal jamaah memandangkan kepakaran saya bukanlah pada bidang agama. Apabila memperkatakan tentang isu penangkapan Dr Asri memang tidak dapat dielakkan mengulas sedikit sebanyak isu ini. Saya akan cuba berhati-hati menulis agar tiada sebarang pihak terasa akan kepedasan penulisan ini. Lebih baik tersalah bicara dalam bab dunia daripada bab agama.

Secara amnya, pertembungan Wahabi Vs Ahlus sunnah hanyalah berlingkar perdebatannya di kalangan alim ulama dan amat jarang orang biasa/awam seperti saya mendapat inti terhadap isu-isu yang diperdebatkan. Ibarat melihat masalah dalaman rumah jiran sendiri yang bergaduh suami isteri ... kita hanya tahu sedikit sebanyak tentang isi pergaduhan mereka akibat jerit-pekik, balingan periuk, pinggan mangkuk dan selebihnya hanya lebih kepada spekulasi dan andai-mengandai.

Saya seperti orang awam yang lain dibesarkan dengan fahaman ahlus sunnah yang bermazhab syafie di Malaysia. Kami diajar ada 4 mazhab ahlus sunnah dan semuanya benar cuma terdapat sedikit sebanyak perbezaan yang tidak membawa kepada perbezaan akidah. Sifat 20 menjadi asam garam dalam pengajian ini. Kami bersangka baik dengan semua ustaz dan ustazah yang mengajar dan tidak pernah menyelidik sama ada yang diajar itu ada unsur Wahabi atau tidak.

Saturday, October 24, 2009

Pandangan ikhlas tentang politik di Malaysia

Penulis : Sahabat Insaf

Membuat kajian pasaran sebelum sesuatu produk dilancarkan di sesuatu tempat sangat penting supaya jenama yang ingin dipasarkan dapat menembusi golongan sasar. Biasanya borang survey akan diedarkan hanya untuk mengetahui isi hati golongan yang disasarkan. Maklumat ini sangat-sangat bernilai kerana akan menentukan jatuh bangun sesuatu produk ketika dilancarkan.

Pada ketika ini, saya yakin pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan PAS terutamanya sedang menghalusi kehendak dan pandangan rakyat kebanyakkan untuk menentukan jatuh bangunnya politik mereka di persada Malaysia.

Nah! Saya dengan sukarela tanpa dipaksa akan memberikan pandangan saya selaku rakyat kebanyakkan tentang politik Malaysia. Namun, di sini saya terhadkan hanya untuk parti PAS selaku parti kesayangan saya. Pandangan ini ikhlas dan saya tidak meminta apa-apa bayaran.

Saturday, October 10, 2009

Fitnah Al Masih Ad-Dajjal

Penulis : Abu Musa

Sumber:http://abumusa2.blogspot.com

Ujian Allah SWT menerusi makhlukNya yang bernama Al Masih Ad-Dajjal adalah sebesar-besar ujian yang ditimpakanNya kepada ummat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda: "Sejak Allah SWT menciptakan nabi Adam AS sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujianpun yang lebih dahsyat daripada Dajjal."

Sebelum kemunculan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama tiga tahun. Pada tahun pertama, hujan akan kurang sabanyak 1/3 daripada biasa, pada tahun kedua akan kurang 2/3 daripada biasa dan pada tahun ketiga hujan terus tidak turun. Umat ketika itu akan dilanda kebuluran dan kemarau. Di saat itulah Dajjal akan muncul membawa ujian. Dalam satu riwayat, penyokong Dajjal akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW: "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan."

Mengenal pasti penipuan di internet

Penulis : wan panglima

Bukanlah nak tunjuk pandai tapi kadang-kadang ada beberapa tips yang saya rasa perlu untuk dikongsi bersama. Perkara yang akan disampaikan ini adalah terlalu mudah namun entah kenapa ramai yang kurang menyedarinya.

Selalu tak kita baca iklan-iklan seperti ini :

" Membuat wang di rumah... bla.. bla.. bla.. sila layari.. www.xxxxxxxx.xom"

"Program buat duit..... bla..bla..bla... sila layari... www.xxxxxxxx.com"

"Duduk diam buat duit... bla...bla..bla....sila layari... www.kenetipu.com"

Selalu bukan? Bila kita taip di search engine kadang-kadang keluar iklan di tepi, atas bawah depan belakang. Yaaaa.. iklan2 itu amat menarik tetapi macam mana kita nak tau jika ia scam atau penipuan internet?

Tuesday, September 29, 2009

Formula 1 Malaysia...

Penulis : Sahabat Insaf

Baru-baru ini kerajaan 1 Malaysia mengumumkan untuk membentuk satu Team Formula 1 yang dipelopori dan dianggotai hampir 99% anak Malaysia. Pembentukan Team ini bakal dianggotai CTRM (Composite Technology Research Malaysia) selaku pakar dalam pembuatan komposit termaju, Kumpulan NAZA, Air Asia , Proton-Lotus,UTM dan SIC (Sepang International Circuit). Modal suntikan kira-kira RM168 juta bakal dilaburkan. Ura-ura mengatakan hasil pertama bakal dikecapi dalam tempoh 1-2 tahun daripada sekarang.

Sunday, September 27, 2009

Sejarah nabi palsu dan wahyu syaitan...



Oleh: Abduh Zulfidar Akaha


وَإِنَّهُ سَيَكُونُ فِي أُمَّتِي كَذَّابُونَ ثَلَاثُونَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ نَبِيٌّ وَأَنَا خَاتَمُ النَّبِيِّينَ لَا نَبِيَّ بَعْدِي .

“Sesungguhnya akan ada tiga puluh orang pendusta di tengah umatku. Mereka semua mengaku nabi. Padahal, aku adalah penutup para nabi, tidak ada nabi sesudahku.”


Takhrij


Hadits ini diriwayatkan Abu Dawud (3710), At-Tirmidzi (2145), Ibnu Majah (3942), Ahmad (21361), Al-Baihaqi dalam Dala`il An-Nubuwwah (2901), Ibnu Wadhdhah dalam Al-Bida’ (249), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (8509), Ibnu Hibban dalam Shahihnya (7361), dan Ath-Thabarani dalam Musnad Asy-Syamiyyin (2623); dari Tsauban bin Bujdud RA. At-Tirmidzi berkata, “Ini adalah hadits hasan shahih.” Al-Hakim berkata, “Hadits ini shahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim, namun mereka berdua tidak mengeluarkannya.” Syaikh Al-Albani menshahihkan hadits ini dalam Tahqiq Misykat Al-Mashabih (5406), Shahih Sunan Abi Dawud (4252), Shahih Sunan At-Tirmidzi (2219), dan Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir (2654).


Dengan matan sedikit berbeda, hadits tentang akan munculnya nabi palsu juga diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3340), Muslim (7526), At-Tirmidzi (2144), Ahmad (6930), dan Ath-Thabarani dalam Al-Kabir (199); dari Abu Hurairah RA.

Wednesday, August 26, 2009

New way to float on water (Fun!)

Writer : Sahabat Insaf

New invention... creative thinking! I'm definitely want one! Check it out!

Aquaskipper Brief Introduction:(http://www.aquaskipper.cn)
Its better than a boat. Its better than a jet ski. Now you can fly above the water like an eagle.

With your feet on the platform and your hands on the steering handles, simply hop up and down to propel yourself forward. The hydrofoils lift the Aquaskipper above the water, allowing you to move much faster than any other human-powered watercraft. Sine the Aquaskipper is light and strong made by aircraft aluminum and fiberglass.

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadhan (Niat & Doa)

1 Ramadhan = 22 August 2009

Penyusun : Sahabat Insaf

Di sini disusun doa-doa dan niat untuk berpuasa bulan Ramadhan... Selamat datang Ramadhan!

Sunday, August 16, 2009

Finally The Jetpod Take His Own Father...

Writer : Sahabat Insaf

Actually, a lot of my friends work to build the Jetpod. From designing, stressing and manufacturing. The company name is Avcen Limited Malaysia based in Technology Park Bukit Jalil. See the company profiles : http://www.avcen.com/

This company has a very good funding from British-based Avcen Ltd at London. It is a very sad news to hear the first 'victim' of this Malaysia Made product is in their first flight test. More sadly it killed its own inventor Michael Robert Dacre, 53, who was piloting the aircraft.

Saturday, August 15, 2009

Kias Tersirat Dato Onn Jaafar

Menarik untuk difikirkan... Pemikiran yang menjangkau setengah abad tetapi masih segar untuk dijadikan pengajaran. -Sahabat Insaf

Boleh juga didapati di sini : http://themalaypress.blogspot.com/2009/05/kias-tersirat-dato-onn-bin-jaafar.html

Sunday, August 9, 2009

Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam

Mukaddimmah

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

Friday, August 7, 2009

Mencari Rosli Dhoby di kalangan kita...

Rosli Dhoby dalam kenangan

Penulis dan penyusun : Sahabat Insaf

Membaca riwayat hidup Rosli Dhoby dan merenung kejernihan wajahnya membuatkan penulis sebak tetapi membakar semangat yang kadang-kadang surut bak air pasang laut. Rosli Dhobi adalah Pahlawan Melanau Sarawak yang berjuang untuk mepertahankan maruah Islam dan bangsa yang tercalar dek kerakusan penjajah@pengganas British.

Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Thursday, August 6, 2009

Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular (H1N1)



Klik pada gambar untuk lebih jelas

Selamat beramal dan semoga selamat daripada wabak. Wabak pun makhluk Allah jua, mohonlah padaNya untuk dijauhkan insyaAllah dimakbulkan. -Sahabat Insaf

Wednesday, August 5, 2009

Ababil... Sunnatullah Yang Diperlekehkan

Oleh Muhammad Ibn 'Az

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekalian alam yang PenguasaanNya meliputi segala alam yang zahir, ghaib dan juga alam-alam yang tidak pernah dikenali manusia. Diatas RahmatNya juga, kita muslimin tidak teraba-raba mencari persoalan Siapakah Dia yang patut kita sembah dan berterima kasih kerana kita telah pun dianugerahkanNya dengan Islam yang membawa kita mengenal Pencipta kita.

Dengan RahmatNya juga kita dianugerahkan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup dan penggerak kemajuan bagi setiap Muslim benar-benar beriman. Al Quran, wahyu yang diturunkan Allah melalui perantaraan Ruhul Quddus kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rahmatan lil 'Alamin, membentuk peribadi Rasullullah s.a.w. menjadi contoh manusia teragung yang seharusnya dijadikan ikutan semua yang bergelar muslim.

Friday, July 31, 2009

Peruntuh masjid peluk Islam

Gambar : Masjid Babri India ketika rusuhan

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Monday, July 27, 2009

Total Solar Eclipse of 2010 July 11

2010 Total Solar Eclipse Global MapTotal Solar Eclipse of 2010 July 11

On Sunday, 2010 July 11, a total eclipse of the Sun is visible from within a narrow corridor that traverses Earth's southern Hemisphere. The path of the Moon's umbral shadow crosses the South Pacific Ocean where it makes no landfall except for Mangaia (Cook Islands) and Easter Island (Isla de Pascua). The path of totality ends just after reaching southern Chile and Argentina. The Moon's penumbral shadow produces a partial eclipse visible from a much larger region covering the South Pacific and southern South America

This web site has been established for the purpose of providing detailed predictions, maps, figures and information about this important event. The material here is adapted from Annular and Total Solar Eclipses of 2010 (NASA/TP-2008-214171). The publication date of this document is 2008 December. It is part of NASA's official eclipse bulletin publication series. Instructions and a form for ordering a hard copy of this publication can be found at: Order Form for NASA Eclipse Bulletins.

Saturday, July 25, 2009

Dakwah Dan Jihad Ahli Tasawuf

Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya.

Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.

Saturday, July 11, 2009

Tragedi Natrah - 2

Oleh Mohd Sayuti Omar

BARU Subuh ini saya mendengar berita kematian Bertha Hertogh atau Maria Heberania Hertogh atau lebih dikenali dengan nama Natrah di Malaya ini. Beliau meninggal dunia dalam usia 72 tahun di kediamannya di Huijbergen, Belanda, begitulah laporan berita. Natrah adalah satu nama yang cukup nostalgik bagi umat Islam negara ini. Satu nama yang boleh menitiskan air mata bila menghimbau sejarah dan kisah yang melakari hidupnya.
Mereka yang mengingati kepada Natrah atau hidup sezaman dengannya akan memalingkan kenangan kepada tragedi yang pada 1950 yang meletus di Singapura sebegitu mendengar nama Natrah disebut

Mungkin juga perasaan sebak dan terharu akan memenuhi diri apabila mengenangkan nasib dan liku-liku kehidupan yang pernah ditempohi Natrah yang begitu sulit, tragis dan menyedihkan.

Sebenarnya perjalanan Natrah atas dunia ini sungguh mencabar peribadinya dan tidak terungkap oleh sesiapa pun secara hakiki.

Friday, July 10, 2009

Tragedi Natrah - 1

Sila baca sejarah yang memilukan ini....

Siapakah Natrah?

Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah

Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Susur galur

Sunday, July 5, 2009

Hoax : Atas Nama Islam?

Oleh kerana banyak cerita-cerita di internet yang berunsur hoax, maka saya terpanggil untuk menulis sesuatu untuk menyedarkan pengguna-pengguna internet tentang hoax yang berlegar di internet pada hari ini. Sila lihat maksud hoax di wikipedia;

"A hoax is a deliberate attempt to deceive or trick an audience into believing, or accepting, that something is real, when the hoaxster knows it is not; or that something is true, when it is false. In an instance of a hoax, an object, or event, is not what it appears to be, or what it is claimed to be - for example, "snake oil," which was sold by 19th century traveling salesman in the United States as a cure-all. A hoax differs from a magic show in that the audience is unaware of being deceived - whereas in watching a magician perform a magical act, the audience expects to be tricked." - Wikipedia

Golongan celaka "hoaxster" ini merasa teruja apabila email-email tipu mereka berlegar-legar di internet serata dunia. Lebih celaka lagi mereka menggunakan hoax atas nama Islam dengan cerita-cerita tentang kelebihan sesuatu yang entah betul atau tidak. Contoh yang popular pada hari ini :

Cerita batu terapung di masjidil al-aqsa;

Gambar Ini disahkan palsu, diedit daripada gambar lain.

Gambar asal sebelum diedit.

Kemudian, cerita tentang pesanan syeikh Ahmed penjaga makam rasullullah. Di antara isinya menyuruh dipanjangkan email tersebut kepada 20 orang dalam masa 12 jam. Jika buat dapat "ong" jika tak buat dapat bala.

Thursday, July 2, 2009

The Golden Number & Holy City Of Mecca

Subhanallah... Itu sahaja mampu diucapkan. Allahhuakbar!



Sila lihat penerangan tentang Fibonaci number dalam : http://en.wikipedia.org/wiki/Fibonacci_number

Fibonaci number ini telah banyak digunakan untuk penerangan saintifik malahan juga digunakan meramalkan kedudukan saham- saham dalam naik dan turun.

Tuesday, June 30, 2009

Raja Haji - Pahlawan Teragung Nusantara

RAJA HAJI

Pahlawan Teragung Nusantara


Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

MASYARAKAT Melayu masih ramai belum mengetahui bahawa di Melaka ada beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu.

Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Di antara sekian ramai yang gugur sebagai syuhada termasuklah seorang ‘ulama’ sufi dunia Melayu yang paling terkenal. Beliau bermakam di Melaka. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i yang terkorban sebagai syuhada kerana berperang dengan Portugis.

Sejarah yang penting tentang tokoh besar yang syahid fisabilillah di Melaka juga ialah Raja Haji bin Upu Daeng Celak yang terkorban kerana melawan penjajah Belanda. Saya berpendapat bahawa Raja Haji ialah pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat semacam Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan maritim yang amat luas. Raja Haji inilah yang menjadi topik perbicaraan dalam artikel ini.

Monday, June 29, 2009

Fakta Kerjaya Aeroangkasa

Kerjaya Aeroangkasa

Siapakah itu Jurutera aeroangkasa?


Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), jurutera aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat didalam mana mana peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.

Siapakah itu Jurutera aeronautikal?

Jurutera aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan didalam rangkuman atmosfera bumi.

Siapakah itu Jurutera astronautikal?

Jurutera astronautikal terlibat dalam bidang penerbangan diluar rangkuman atmosfera bumi.

Kumpulan kerja Aeroangkasa?

Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabungan jurutera, saintis serta juruteknik aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dan kemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis mengelolakan peraturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh jurutera dalam proses penyelesaian sebelumnya. Juruteknik yang kebiasaannya amat mahir mengendalikan mesin mesin serta peralatanan pula, bertindak membantu kerja kerja jurutera dan saintis.

Sunday, June 28, 2009

Impossibble Helicopter - Tricky

This is a very fascinating science involved in this matter. This video shows that the rotor blade of the helicopter seems doensn't move at all.... Is it really?? Take a look first.




The science is simple;

Saturday, June 6, 2009

Sahabat insaf is now blogging...

Assalamualaikum WBT kepada semua datang ke blog ini. Semoga mendapat manfaat.

Blog ini lebih merupakan catatan pandangan dan pengalaman peribadi penulis terhadap kehidupan ini. Biasanya post original daripada penulis akan diletakkan nama Sahabat Insaf (Sahabat Insaf = wan panglima = pang5 = Wan Amurks) dan jika ada post lain daripada blog lain yang penulis fikirkan menarik untuk dikongsi bersama maka penulis akan letakkan nama penulis asal dan sumber link ke blog tersebut.

Penulis cuba elakkan menulis sebarang isu-isu agama yang berat kerana berpandangan penulis bukanlah pihak yang ahli dalam mendebatkan hal-hal tersebut. Namun link-link keagamaan yang penulis secara peribadi memikirkan sesuai untuk dikongsi bersama telah diletakkan di beberapa bahagian di blog ini yang secara terus ke blog asal si penulis. Penulis amat sedar, blog menggambarkan peribadi penulis maka rasa bertanggungjawab penulis ketika membuat blog ini tidak pernah dilupakan dan boleh sahaja diingatkan kembali oleh pengunjung-pengunjung.

Secara amnya penulis amat gemar menulis tentang hal-hal kejuruteraan, tokoh, pahlawan, silat dan seni beladiri sebagai satu catatan untuk teman-teman, anak-anak dan generasi yang mendatang. Penulis juga amat gemar menyelitkan mesej tersirat dalam setiap penulisan dan boleh disedari bagi yang mahu berfikir-Sahabat Insaf

Iklan

There was an error in this gadget