Saturday, October 10, 2009

Mengenal pasti penipuan di internet

Penulis : wan panglima

Bukanlah nak tunjuk pandai tapi kadang-kadang ada beberapa tips yang saya rasa perlu untuk dikongsi bersama. Perkara yang akan disampaikan ini adalah terlalu mudah namun entah kenapa ramai yang kurang menyedarinya.

Selalu tak kita baca iklan-iklan seperti ini :

" Membuat wang di rumah... bla.. bla.. bla.. sila layari.. www.xxxxxxxx.xom"

"Program buat duit..... bla..bla..bla... sila layari... www.xxxxxxxx.com"

"Duduk diam buat duit... bla...bla..bla....sila layari... www.kenetipu.com"

Selalu bukan? Bila kita taip di search engine kadang-kadang keluar iklan di tepi, atas bawah depan belakang. Yaaaa.. iklan2 itu amat menarik tetapi macam mana kita nak tau jika ia scam atau penipuan internet?

Ada pakar-pakar internet cakap nak kesan penipuan itu terdapat tanda-tandanya seperti :

1. Too good to be true...

2. Kena bayar dahulu untuk join.. yang mana yuran tinggi sangat.. konnonnya yuran tu tak bolehlah nak dibandingkan dengan pendapatan riban-riban yang bakal diperoleh.

3. Terlalu yakin menjamin program itulah yang nombor 1... yang terbaikkk di dunia..

4. Tiada alamat syarikat.. tiada gambar orang yang menguruskan atau bertanggungjawab terhadap iklan tersebut.

Ok. Itu semua betul dan boleh diambil untuk buat pertimbangan. Tapi cara saya ini boleh ditambah dalam pertimbangan tersebut. Pernah dengar Google is a very powerful tools for peoples who knows how to use it wisely? Ya betul.. kenapa tak guna Google jer nak tau sesuatu itu adalah scam atau tidak? Contoh..

1. Taip di search engine alamat laman web yang mengeluarkan iklan. Ambil yang www.xxxx.com jer yang lain buang. Kemudian taip alamat web tu di search engine kemudian tambah perkataan cthnya : scam, penipuan, etc . ( Scam adalah perkataan common user internet guna so mula dengan itu dulu.). Quote kan : " www.xxxxxx.com scam". Jika tiada result baru hilangkan quote tu.

Contoh sahaja

2. Periksa hasil carian dari page pertama hingga ketiga... biasanya ada maklumat jika scam.

Daripada hasil carian itu bacalah dengan teliti dan buatlah pertimbangan yang sewajarnya.

Sebenarnya apabila anda hendak ditipu, sudah ramai pengguna internet lain yang telah ditipu sebelum anda. Peluang untuk anda menjadi mangsa pertama untuk ditipu adalah sangat rendah jadi gunalah maklumat yang biasanya telah didedahkan pengguna-pengguna internet lain sebagai panduan. Learn from other people mistake is more cheaper than learn it yourself.

Saya selalu menggunakan teknik ini apabila mendapat email/sms yang mencurigakan, cthnya yang mengatakan saya menang sesuatu. Caranya ambil apa-apa keywords dalam sms/email tu seperti "menang shell RM50000" kemudian taip di Google tambah perkataan scam/tipu/penipuan kemudian quotekan. InsyaAllah akan keluar sesuatu maklumat yang berguna untuk kita.

Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment

Iklan