Saturday, December 19, 2009

Jikalau Malaysia diserang....

Penulis : wan panglima

Entahla nak kata kelakar atau sedih dengan kualiti pertahanan negara. Sebuah Enjin jet pejuang negara boleh lesap??? Enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur hilang/lesap/ghaib ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah. Entah gila ke apa?? Bagaimana Enjin seberat beratus kilogram itu boleh dibawa keluar dan dijual pula ke Eropah??

Paling kurang cuba kita fikirkan begini;

1. Enjin itu pastinya perlu dibawa keluar daripada Pangkalan Udara... Tempat yang paling banyak tentera yang sepatutnya melindungi negara kita boleh dilepaskan?? Bagaimana kalau ada yang bawa keluar senjata?? Bom??

2. Apabila Enjin itu berjaya dibawa keluar... Pastinya perlu melalui kastam atau mana-mana peronda sempadan untuk dibawa ke Eropah... Macam mana boleh bolos??? Weiii... ini bukan main bola... Ini kedaulatan negara!!!

Patutlah dadah boleh lepas masuk negara ni sesuka hati... Berlambak-lambak orang melayu kita musnah!

Patutlah pendatang tanpa izin daripada China,Indonesia,Filipina boleh syok-syok tembus masuk ke nagara ini macam pelancong! Jikalau mereka hendak ambil alih negara ini entah senang-senang jer.

Jikalau saya ini musuh negara Malaysia maka berita ini pasti sangat melegakan saya. Bunyi memang kelakar tapi sangat 'pathetic'. Siapa yang khianat? Siapa yang tidak buat kerja?? Tangkap dan tembak mereka ini dan buang ke laut! Pastikan tembak kepala mereka sampai berkecai supaya muka mereka terus lenyap daripada permukaan bumi ini!

Di sini saya ingin mengambil kesempatan supaya menyeru orang-orang Melayu terutamanya supaya pergi menuntut ilmu Silat/ilmu perang sampai mahir. Kita adalah benteng negara yang terakhir sekiranya negara kita dilanda musuh. Apabila semua tentera kita dan segala pertahanan negara kita tumbang di tangan musuh maka kitalah harapan terakhir untuk melakukan 'amukan bermandi darah' yang pernah dilakukan pejuang-pejuang terdahulu seperti Mat Kilau, Mat Salleh, Dato' Maharajalela, Sipuntum yang akhirnya syahid menemui Ilahi.

Bumi Tanah Melayu ini adalah bumi berdaulat yang didoakan kesejahteraannya oleh wali-wali Allah dan kitalah yang akan memastikannya terus begitu. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Iklan