Tuesday, September 29, 2009

Formula 1 Malaysia...

Penulis : Sahabat Insaf

Baru-baru ini kerajaan 1 Malaysia mengumumkan untuk membentuk satu Team Formula 1 yang dipelopori dan dianggotai hampir 99% anak Malaysia. Pembentukan Team ini bakal dianggotai CTRM (Composite Technology Research Malaysia) selaku pakar dalam pembuatan komposit termaju, Kumpulan NAZA, Air Asia , Proton-Lotus,UTM dan SIC (Sepang International Circuit). Modal suntikan kira-kira RM168 juta bakal dilaburkan. Ura-ura mengatakan hasil pertama bakal dikecapi dalam tempoh 1-2 tahun daripada sekarang.

Penulis berfikiran positif dalam perkara ini memandangkan kesan rantaian teknologi yang bakal dikecapi oleh negara sekiranya projek ini benar-benar serius dilaksanakan. Manakan tidak beribu-ribu peluang pekerjaan bakal dikecapi rakyat tempatan, promosi pelancongan dan kesan 'Branding' Proton yang boleh memecah tembok sempadan antarabangsa. Namun penulis berharap kerajaan 1Malaysia perlulah menekankan pengambilan professional dan pekerja-pekerja tempatan dalam semua aspek pekerjaan yang bakal ditawarkan. Memanglah akan terdapat jurang pengetahuan dan kemahiran sekiranya pekerja tempatan diambil namun risiko ini boleh diminumkan dengan memperuntukkan sejumlah duit untuk latihan intensif kepada pekerja-pekerja tempatan terutama professional di luar negara seperti di 'Negara Kereta' German.

Begitu juga, kerajaan seharusnya memastikan projek ini bukanlah satu projek 'Gajah Putih' yang dilaburkan beratus juta kemudian terbengkalai akibat terlalu banyak ali baba, aladdin dan jin notti yang hanya tahu menghisap darah sampai kering dan kemudian ditinggalkan begitu sahaja dengan seribu satu macam masalah. Boleh rujuk kes InventQJaya di Cyberjaya yang berhutang beratus juta walaupun gah sekejap kemudian bankrup. Ketelusan pihak kerajaan dalam mengagihkan modal dan diuruskan oleh para professional yang berkaliber dan bukannnya kroni-kroni hantu raya adalah sangat diharapkan.

Sekiranya projek ini berjaya dan Malaysia adalah salah satu Playmaker dalam industri F1 ini kerajaan diharap boleh lebih bertegas dalam isu-isu membuka botol arak dalam acara kemenangan F1 dan tidak menggunakan gadis-gadis litar yang menggairahkan sewaktu perlumbaan. Gantikanlah dengan bacaan doa atau kalau segan sangat gunalah bunga api ke agar lebih meriah. Gadis-gadis litar tu bolehlah digantikan dengan haiwan-haiwan maskot. Nak guna orang boleh, nak guna binatang betul seperti harimau pun boleh.Percayalah negara-negara lain akan lebih hormat dengan Malaysia sekiranya kita mampu menunjukkan sesuatu yang lain daripada yang lain dan bukan sekadar pak turut. Jika projek F1 1 Malaysia ini mampu kita realisasikan takkanlah dua isu karat ini tak boleh kita selesaikan... bak kata orang petik jari jer..



Apapun projek ini bagus sekiranya dilaksanakan dengan telus dan jujur dan memberikan keuntungan kepada semua pihak. Satu langkah besar untuk Dunia Aeroangkasa Malaysia!

Boleh rujuk;

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090925211132/Article

http://themalaysianinsider.com/index.php/index.php/malaysia/38620-1-malaysia-f1-team-to-run-on-rm308m-yearly

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/15/nation/20090915181208&sec=nation


4 comments:

  1. Harap-harap leh kekal lame..jgn skadar bt utk glamer je..bukan sebab nak tolong ekonomi negara or nak tolong rakyat...

    ReplyDelete
  2. Gitu ler harapnyer... kalau berjaya bleh tumpang sekaki.. heheh

    ReplyDelete
  3. saye rase satu pelaburan yg tk berbaloi ....
    klu tk melibatkan kerajaan hanya pengilatan swasta je ok ... tp klu finance yg banyak dr kerajaan ..
    hanye membuang duit ..
    yg kaya hanya mark gascoyne n kuncu2 nye jer ..
    n yg paling lucu bile kat paper baca 1MF1 nak ambil Kimi atau Alonso ...

    senagai bekas juara yg masih dahagakan kemenangan saya rase bayar depa ni duit banyak mane pun depa tk mau ...
    pemandu utk kereta uji ...

    sekadar teringat pertronas cube masuk SBK ( world superbike ) dgn menubuhkan Forgaty racing dgn memilih coryse sebagai penunggangnye ...
    sebagai penunggang yg selalu front runner ..
    akhir nye dia pun frust sbb dia tk dapat win ..
    dia tk mau jd penungang motor ujian ..
    akhirne .. team tu pun dah berkubur ..
    lps tu kat 500cc world championship bike ( seblm moto gp) .. proton KR .. dgn percubaan motor 3 silinder nye , boss ne kenny robert .. hanya motor ujian..lps jutaan ringgit abis ..
    team tu pun hilang gitu jer ..
    sekarang F1 team ....
    entah la ...
    nasib depa sedar yg fairus fauzi blm bersedia utk berlumba dalam saingan F1 tuh ..

    klu luca Bodeor yg bertahun jadi test driver Ferrari bile masuk race asik corot ..
    ini kan plak fairuz yg 2 thn lps sekadar jd test driver psukan Spyke (asal ne jordan ) ..
    lg hancur la team 1MF1 tuh

    ReplyDelete
  4. Betul.. memang akan ada byk jin ifrit yang akan isap darah nanti.. tapi ini era najib.. dia jenis takkan dengar cakap orang..nak batal sorilerr beb. So ini kiranya guide/cadangan aku untuk F1 ni la.

    ReplyDelete

Iklan