Sunday, July 5, 2009

Hoax : Atas Nama Islam?

Oleh kerana banyak cerita-cerita di internet yang berunsur hoax, maka saya terpanggil untuk menulis sesuatu untuk menyedarkan pengguna-pengguna internet tentang hoax yang berlegar di internet pada hari ini. Sila lihat maksud hoax di wikipedia;

"A hoax is a deliberate attempt to deceive or trick an audience into believing, or accepting, that something is real, when the hoaxster knows it is not; or that something is true, when it is false. In an instance of a hoax, an object, or event, is not what it appears to be, or what it is claimed to be - for example, "snake oil," which was sold by 19th century traveling salesman in the United States as a cure-all. A hoax differs from a magic show in that the audience is unaware of being deceived - whereas in watching a magician perform a magical act, the audience expects to be tricked." - Wikipedia

Golongan celaka "hoaxster" ini merasa teruja apabila email-email tipu mereka berlegar-legar di internet serata dunia. Lebih celaka lagi mereka menggunakan hoax atas nama Islam dengan cerita-cerita tentang kelebihan sesuatu yang entah betul atau tidak. Contoh yang popular pada hari ini :

Cerita batu terapung di masjidil al-aqsa;

Gambar Ini disahkan palsu, diedit daripada gambar lain.

Gambar asal sebelum diedit.

Kemudian, cerita tentang pesanan syeikh Ahmed penjaga makam rasullullah. Di antara isinya menyuruh dipanjangkan email tersebut kepada 20 orang dalam masa 12 jam. Jika buat dapat "ong" jika tak buat dapat bala.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD.

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Lagi. Email berantai Bill Gates yang bermurah hati untuk berkongsi kekayaannya dengan orang ramai. Cuma perlu panjangkan email... Mudah terus jadi kaya. Dakyah e-mel berangkai itu menyatakan Gates mahu berkongsi kekayaan melimpah ruah dimilikinya dengan pelanggannya, menerusi dua syarikat tersohor, Microsoft dan AOL. Semuanya tipu, ini hanya untuk mencuri identiti pengguna.

Lagi satu yang popular, ialah menghantar sesuatu kepada 12, 20, 40 orang. Dengan menghantarnya anda dikatakan akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Lebih teruk lagi ada yang mengugut jika tidak dihantar akan ditimpa bala bencana. Hello brader, hantar benda baik kemudian berbaur ugutan nak buat apa? Takut-takut meyakini rezeki itu datang dengan perbuatan tersebut malah boleh menolak bala pulak.

So, apa nak buat? Apa boleh buat sebab kita dikelilingi oleh manusia-manusia jahil termasuk saya. Apa yang minimum kita boleh buat ialah :

" Jika ada sahaja apa-apa email/sms/surat yang suruh kita panjangkan kepada beberapa orang sekian-sekian atas alasan jika tidak berbuat demikian ataupun dengan tidak berbuat demikian maka rezeki melimpah ruah atau bala bencana akan menimpa, JANGAN SEKALI-KALI DIPANJANGKAN ATAU ANDA BAKAL MENGUMPUL DOSA KERING"

Sahabat Insaf


No comments:

Post a Comment

Iklan