Wednesday, December 9, 2009

Tanjung Bungah Pulau Pinang dan Mee Udang Kuala Sepetang

Penulis : Sahabat Insaf

Kali ini nak tambah segmen blog untuk kategori pelancongan. Baru-baru ini saya pergi ke Pulau Pinang dan menginap di NAZA Talyya hotel di Tanjung Bungah. Pergi bersama isteri, ayah dan ibu dan juga abang ipar dan kakak serta anak-anak buah. Tanjung Bungah berada sebelum Batu Feringghi dan mempunyai keindahan pantai yang bagi saya lebih hebat dan lebih bersih daripada Batu Feringghi. Pilihan untuk tinggal di sini memang berbaloi sebab saya memang tidak suka dengan suasana sesak di Batu Feringghi... Nak cari pantai yang bersih pun susah.

Lagipun Hotel NAZA ni kepunyaan bumiputera/Islam jadi tak ragu-ragu dengan makanan di sana. Dengan 2 katil single bed berharga RM160/malam anda boleh turun daripada bilik dengan pakaian mandi dan terus ke laut mandi sepuas-puasnya... heheh lepas dah mandi boleh terus naik balik ke bilik bersihkan badan pastu tido jap.

Kolam Renang Naza hotel... lepas penat berenang laut boleh lepak kat sini

Pada waktu malam anda boleh berkunjung ke Batu Feringghi untuk membeli belah... Huhuh awas! Bagi kaum perempuan mereka seolah-olah 'dirasuk' berjalan berkilometer dipasar tepi jalan untuk membeli belah... Kita yang laki berstamina tinggi ni pun mengaku kalah... Ntah ilmu apa diorang ni pakai... hehehe jangan marah nooo...

Balik daripada Pulau Pinang anda boleh mencuba kelainan dengan menaiki Feri... Feri di Pulau Pinang ini adalah suatu lagenda dan anda pasti tidak mahu melepaskan peluang berasa sentimental dihembus bayu laut panas di atas feri.

Oleh kerana saya balik ke Ipoh Perak, maka dalam perjalanan saya dan keluarga singgah sebentar di Kuala Sepetang merasa Mee Udang yang kini sangat popular seantero Malaysia... Hehe lepas jer pilihanraya Bukit Gantang hari tu, Mee Udang Kuala Sepetang bagaikan fenomena... Anda boleh masuk melalui exit Taiping jika daripada utara dan ambil simpang kanan sehingga berjumpa sign board Kuala Sepetang. Jika daripada arah selatan saya cadangkan melalui exit Changkat Jering dan ambil simpang kiri.

Awas! Pastikan duit anda mencukupi kerana Mee Udang di sini dijual dengan harga paling minima RM7 untuk udang kolam dan RM10 untuk udang laut. Mee udang di sini juga turut digelar Mee Banjir kerana Udang yang disediakan memang banyak. Alang-alang datang sekali sekala pulun jerla walaupun berharga RM10 untuk satu mangkuk. Jika satu keluarga besar memang masaklerr... hehe. Di sini jangan terkejut walaupun gerai kampung sahaja namun yang datang memakai kereta Merc, BMW, EVO dan kereta-kereta besar... Haha maklumlah fenomena!

Mee Udang/Mee Banjir Kuala Sepetang... Hehe Selak Udang baru nampak mee wooo....

Ok, itu jerla nak kongsi sedikit tentang segmen pelancongan ini. Maklumlah saya dan famili sangat gemar travel... huhu

4 comments:

  1. eemmm... dah lamo den tak pekena mee udang Kuala Sepetang, weekend nie den akan ke P.Pinang mungkin otw balik boleh singgah tapi satu je den rimas lalat2 kat situ banyak bonar, harap2 tak banyak lalat lagi.....

    ke P.Pinang setahun sekali pekenaq nasi kandaq kapitan keling and tak lupa laksa depa.. Perrggh...

    ReplyDelete
  2. Hehe jalan2 cari makan... jauh berjalan luas pandangan.. :)

    ReplyDelete
  3. dah pon balek dr PP, dah pekena nasi kandaq beratur ( kali ni beratur kat satu jam baru dapat ), laksa pon sudah, kesian mentua nak pasembor tak sempat beli (insyaAllah lainkali ye mak..) otw balik singgah K.Sepetang pekena mee udang mak jah punya ramainye orang... kalu ada rezki repeat lagi tun depan....

    ReplyDelete
  4. Wahhh bleh bungkus untuk ambo sekali... heheeh

    ReplyDelete

Iklan

There was an error in this gadget