Friday, November 20, 2009

SKMM Mula Bertindak!! Laman Web Celaka Bakal Dijahanamkan!

Penulis : Wan Amurks

Membaca berita tentang isu laman web yang menyesatkan dan menghina Islam bakal diambil tindakan oleh SKMM sememangnya melegakan. Alhamdulillah di atas keprihatinan SKMM. Perkara ini telahpun dibangkit di Dewan Rakyat pada persidangan yang lalu atas keprihatinan beberapa ahli parlimen. Tahniah diucapkan.

Antara yang telah dan bakal diambil tindakan ialah :

www.syurgaislam.blogspot.com


www.faithfreedom.org (Geng-geng Meriam Rasul Palsu wanita dan free thinker memang suka lepak kat tempat-tempat macam ni!)

manatuhanallah.wordpress.com (Celaka lagi menyesatkan! Laknat Allah ke atas pembuat dan sesiapa sahaja yang bersubahat membuat blog ini! Blog ini memperjuangkan penzahiran Allah dalam bentuk manusia di akhir zaman... Laknat! Laknat! Laknat!! Sakit hati apabila membacanya)

tokbatinsenoi.blogspot.com (Dah tukar nama baru-baru ni tokbatinsenoi-x.blogspot.com/)

Tinjauan penulis ke atas blog-blog di atas mendapati sebahagian blog telahpun disekat/dilupus/dihapus, tetapi tidak diketahui samaada SKMM atau tuan punya blog yang melakukannnya. Laman Tok Batin senoi pula kini hanya boleh dilayari by invitation only. Tak kisahlah janji mereka tengah panas punggung.

Walaupun sebelum ini saya pun menjadi keliru akan fungsi SKMM namun mungkin berita ini boleh menjadikan saya semakin berprasangka baik kepada badan ini.

Apapun, sebelum ini sudah saya katakan bukti blog memang sangat susah disabitkan di mahkamah atas sebab-sebab teknikal. Namun, SKMM selaku badan kerajaan tentu sahaja boleh mendapatkan login data-data penting daripada ISP-ISP yang terdapat di Malaysia untuk digunakan di Mahkamah nanti.

Tahniah SKMM di atas usaha murni anda.... hanya Allah dapat membalasnya.


Lihat berita di bawah;

Khamis November 19, 2009
SKMM Siasat 71 Kes Penyalahgunaan Internet Sebar Kandungan Lucah, Palsu dan Hina Islam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat 71 kes penyalahgunaan internet bagi menyebarkan kandungan lucah, palsu serta menghina Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata daripada jumlah itu, lapan kes telah dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan yang menghina seseorang.

"Seorang telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM10,000 dan mahkamah telah mengenakan syaratsyarat tertentu yang lain, manakala tujuh tertuduh lagi sedang menunggu perbicaraan," katanya semasa menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rais berkata tujuh kes pula terbabit dengan menyebarkan kandungan menghina Islam, termasuk satu kes di mana suspek yang telah pun dikenal pasti, melarikan diri bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

"SKMM sedang berusaha untuk mengesan suspek tersebut," katanya.

Rais berkata kementerian juga telah mengambil tindakan menurut Seksyen 263 akta tersebut terhadap tujuh laman web yang menghina Islam iaitu www.syurgaislam.blogspot.com, www.faithfreedom.org dan manatuhanallah.wordpress.com.

Laman web lain ialah adibahahmad.blogspot.com, surind.blogspot.com, tokbatinsenoi.blogspot.com dan www.malaysiatoday.net/2008/content/view/125.

Beliau berkata selain mendakwa mereka yang terbabit di bawah undang-undang, Seksyen 263 akta tersebut turut membenarkan SKMM dan pihak berkuasa lain untuk memberikan notis bertulis kepada pemberi perkhidmatan internet untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.

Semasa menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai keberkesanan Pusat Jalur Lebar (PJK), Rais berkata sehingga kini terdapat 85 buah PJK beroperasi di seluruh negara dan tambahan sebanyak 89 PJK sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

"Pertengahan tahun depan, penembusan jalur lebar akan jadi lebih hebat dan dijangka kelajuan daripada 4mbps meningkat kepada 10mbps akan kita capai, jadi PJK ini akan dilengkapkan dengan kemudahan sekurang-kurangnya bagi mencapai tahap kelajuan 4mbps," katanya. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/19/mstar_berita/20091119171112&sec=mstar_berita

No comments:

Post a Comment

Iklan