Siapakah itu Jurutera aeroangkasa?
Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), jurutera aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat didalam mana mana peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.
Siapakah itu Jurutera aeronautikal?
Jurutera aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan didalam rangkuman atmosfera bumi.Siapakah itu Jurutera astronautikal?
Jurutera astronautikal terlibat dalam bidang penerbangan diluar rangkuman atmosfera bumi.Kumpulan kerja Aeroangkasa?
Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabungan jurutera, saintis serta juruteknik aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dan kemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis mengelolakan peraturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh jurutera dalam proses penyelesaian sebelumnya. Juruteknik yang kebiasaannya amat mahir mengendalikan mesin mesin serta peralatanan pula, bertindak membantu kerja kerja jurutera dan saintis.Bagaimanakah dengan keadaan pekerjaan?
Kerjaya juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yang lebih kurang sama dengan pekerjaan pekerjaan kejuruteraan yang lain. Kebanyakan kerja dijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal penyelidikan.Apakah bidang matapelajaran yang perlu diambil bagi menyediakan saya untuk kerjaya dibidang aeroangkasa?
Bagi memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan dengan aeroangkasa, adalah lebih baik jika matapelajaran matapelajaran berkaitan dengan sains dan matematik diberikan penekanan yang sewajarnya. Ini termasuklah matematik moden dan tambahan serta fizik. Kursus komunikasi seperti bahasa inggeris juga tidak boleh diabaikan. Jurutera memerlukan pengetahuan asas fizik dan matematik bagi menyelesaikan masalah kejuruteraan dan pengetahuan berkomunikasi adalah amat wajar bagi menyalurkan ilham ilham dan perancangan kejuruteraan yang kompleks dalam bahasa yang mudah, terang, berkesan serta senang difahami.Apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang Jurutera Aeroangkasa?
Kelayakan minima untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa ialah ijazah sarjana muda, BA. atau BS. Kelayakan tambahan pasca siswazah seperti MS. dan Ph.D pula boleh memberikan anda kelebihan tambahan apabila memohon pekerjaan. Bagi menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlulah sentiasa memastikan suatu pengajian berterusan. Ini dapat memastikan bahwa mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan bahan serta proses yang baru. Kesemuanya ini diperolehi dengan mengikuti kursus kursus yang sentiasa ditawarkan oleh pusat pusat pengajian kejuruteraan seperti universiti serta persatuan / institut Jurutera Berdaftar. Kebanyakan negara seperti Malaysia memastikan jurutera memperolehi sijil pendaftaran sebelum berkhidmat. Lembaga Jurutera Malaysia adalah lembaga yang mengawal selia jurutera jurutera diMalaysia dan pendaftaran jurutera professional pula dikendalikan melalui Institut Jurutera Malaysia.Apakah jangkaan kerjaya dimasa hadapan?
Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, peluang pekerjaan bagi kesemua kerjaya termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan. Syarikat syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit kesukaran dalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan masa kerja, pengurangkan perbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa mengurangkan serta memberhentikan kakitangan. Keadan ini bukan terhad kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai oleh negara maju seperti Amerika Syarikat.Bagaimana pun peluang kerja baru sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang 70% dari pekerjaan baru yang ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat dari kakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan lama kerana bertukar kelokasi lain atau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti peluang pekerjaan dibidang aeroangkasa adalah menerusi proses ini.
Perebutan jawatan didalam industri ini juga meningkat kerana bertambahnya bilangan pekerjaan dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakan dalam bidang mekanikal, elektrikal, kimia dan lain lain.
Bagaimana pun prospek masa depan adalah amat cerah terutama didalam bidang penerbangan awam. Keperluan pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjamin perkembangan industri pembuatan pesawat terbang dan industri penerbangan awam. Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang orang awam telah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang oleh pengeluar pasawat terbang 'gergasi' seperti Boeing serta Airbus serta pengeluar pesawat terbang kecil seperti IPTN diIndonesia serta Eagle Aircraft dan juga SME diMalaysia.
Apakah saraan purata bagi kerjaya ini?
Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat.Purata saraan tahunan permulaan bagi jurutera berkelayakan bacelor dibidang bidang berkenaan adalah...
- Aeroangkasa..........................$30,860
- Kimia...................................... 39,204
- Awam..................................... 29,809
- Elektrikal................................. 34,840
- Industrial................................. 33,267
- Mekanikal............................... 35,051
- Metalurgikal............................ 33,429
- Perlombongan......................... 32,638
- Nuklear................................... 33,603
- Petroleum................................ 38,286
- BA/BS................................... $34,100
- MS.......................................... 40,200
- PH. D...................................... 55,300
salam..
ReplyDeleteada banyak ke peluang pekerjaan di Malaysia dalam bidang kejuruteraan aerospace nie?
biasanya basic brape?
ReplyDeleteTak byk kat malaysia tp boleh dijadikan batu loncatan utk kerja di overseas.
ReplyDeleteBasic dalam RM2500-3000 untuk local. Overseas sama jer cuma convert ke currency masing2
ReplyDeleteoverseas biasanya di mana?
ReplyDelete*untuk aerospace engineering ni..
Salam Nur;
ReplyDeleteUntuk starting kerja di overseas tanpa pengalaman agak susah cuma kalau ada degree aerospace di oversea tu senang ler sikit. Kalau ada degree untuk propulsion engine di overseas mmg power la... Rolls Royce ngan Prat Whitney menunggu anda. Untuk aircraft design biasanya yg popular di cranfield la. Student2 cranfield ni biasanya budget power... haha. Ada biasiswa jalan... Kalau takder siap RM200 ribu dlm tgn untuk amik master.
Minimum untuk kerja di overseas di syarikat2 naungan Airbus dan Boeing ni mestilah 5 tahun on focusing area(bukan lompat2). kecualilah ada super kabel.. hehe
Ok... Camni. Airbus dengan Boeing dikenali sebagai OEM tetapi bukan semua part mereka produce. Mereka ni biasanya sebagai pengurus/manage sesuatu program cthnya A380 dan cari supplier2 yg berkelayakan untuk jadi OEM bagi part2 yang mereka akan produce untuk dijadikan A380. Supplier2 bagi Airbus ni ada yang 1st tier dan 2nd Tier.
1st Tier ni bagi airbus biasanya syarikat2 di Eropah (Spirit UK, GKN, CASA, Goodrich...). 1st Tier ni pulak akan subkan projek2 mereka ni untuk low cost kepada 2nd Tier yg kebanyakkannya di Asia dan asia tenggara. 2nd Tier cth : CTRM Malaysia, ACM Malaysia.
Final assembly of the part untuk hasilkan sebijik aircraft biasanya Airbus yang buat adalah facilitynya cthnya di Toulose France.
Satu aircraft untuk buat biasanya melibatkan kira2 10 ribu Engineer worlwide... Sebab tu Airbus cari risk sharing partner ni sebagai 1st tier and 2nd Tier and so on. Tak mampu deme nak wat sorang2.
tolong saya pelajar MRSM tumpat tgh wat kajian psl bidang yang saya minat. saya ske sgt bab aerospace nie nk tmbh maklumat psl bidang nie klau bleh tolong anta r at fb mohdaminrashidi@gmail.com
ReplyDeletesaya minat sangat2 dalam bidang ni.tapi ramai yang tak sokong.sebab ramai orang cakap bidang ni tak banyak peluang kerja and majority student laki yang join.tolong siapa2 coment
ReplyDeleteboleh ke blogspot saya yg satu lagi http://awanengineer.blogspot.com/ utk lebih focus pada perbincangan aerospace... sebab blog ni dah lama saya tak update. saya memang sokong local2 grad kita menceburkan diri dlm bidang ni. kawan2 saya ada juga start buat talk pasal ni di universiti2 tempatan. Teruskan dengan apa yg kita niat kemudian doa dan tawakkal. InsyaAllah.
ReplyDeletesalam pang5..
ReplyDeleteterima kasih kerana melayan coment saya.nanti saya akan ke blog awak yang satu lagi tu.cuma ada satu soalan saya ingin tanya.
aerospace kena ada interview juga ke?
maksud interview tu mcm mana? kalau interview kerja tu mana2 pon mmg wajib.
ReplyDeleteinterview waktu kita nak ambil course ni.sebab saya ada terbaca dalam article lain,dia cakap ada yang kena interview.
ReplyDeleteBiasanya tiada interview nak amik course ni... ada kelayakan apply cam biasa. Kelebihan orang yang berminat nak masuk bidang ini ialah penawaran melebihi permintaan... so saingan kurang. cuma kita kene compete worlwide dalam arena kerja jer nanti. Bidang aero ni di Malaysia masih kekurangan tenaga mahir.
ReplyDeletepang5..sorry menganggu..macam mana pula dengan yuran kemasukannya di peringkat ijazah?adakah benar ianya sangat mahal sehingga mencecah RM30K?
ReplyDeletejap kalau mahal tu kalau amik ijazah kat overseas contohnya cranfield ke.. sheefield ke.. tu mmg mahal bukan 20-30 ribu tp ratusan ribu pon bleh cecah. Kalau setakat universiti tempatan, yuran ditanggung kerajaan.. Kita masuk just bayar penginapan, duit makan minum jer... biasanya ada biasiswa atau ptptn.
ReplyDeletethanz pang5..u help me a lot
ReplyDeleteape keistimewaan jurutera petroleum ye??
ReplyDeletethanks
ReplyDeletectrm dgan sme aerospace mana yg lebih baik ye tuan ?
ReplyDeleteAssalamualaikum maaf ya bertanya..kalau dari bidang kejuruteraan automotif ke bidang aerospace blh ke?
ReplyDeleteOrang cakap bidang degree aerospace ni susah dan terlalu sibuk,mohon penjelasan
ReplyDeleteGreat and that i have a keen provide: How Much Home Renovation Can I Afford split level home renovation
ReplyDelete