Tuesday, June 21, 2011

BERSIH 2.0 : Catur Besar


Oleh : Sahabat Insaf

Komen saya tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal dilaksanakan sedikit masa lagi :

1. Sila batalkan kerana saya dapat menghidu bau perangkap yang sedang dipasang pihak pemerintah.

2. Bau ini saya percaya sudah dikesan oleh DSAI sehinggakan beliau juga turut memberi hint agar BERSIH dibatalkan.

3. Bermain politik ibarat main catur... kadang-kadang kita kena mengorbankan catur kecil untuk mendapatkan catur besar.

4. Musuh anda juga melakukan perkara yang sama.

5. Bagi mereka, BERSIH hanya catur kecil untuk mereka mendapatkan catur yang lebih besar.

6. SB-SB mereka sedang merancang untuk melakukan huru-hara. Adalah sangat menghairankan sikap beria-ia PERKASA dan Pemuda UMNO untuk terlibat pada hari tersebut.

7. Huru-hara ini mungkin bakal melibatkan korban jiwa dan menyebabkan parti yang terlibat diharamkan.

8. Darurat mungkin bakal diisytiharkan.

9. Yang menang ketika itu ialah UMNO-BN.

10. Saya percaya pimpinan tertinggi PAS juga telah menghidu perkara ini sebab itu kurang komen mereka terhadap BERSIH.

11. Nasihat akhir saya ialah KORBANKAN CATUR KECIL INI BAGI KITA MENDAPATKAN CATUR YANG LEBIH BESAR.

Sekian.

Pandangan daripada sebuah mata hati.

Thursday, June 2, 2011

Jiwa besar dan jiwa kecil


Oleh : Sahabat Insaf

Sudah lebih sebulan saya berada di Spain, namun hal-hal yang berlaku di Malaysia terus saya perhatikan menggunakan internet. Lagaknya seperti satelit yang memerhati 24 jam tanpa henti. Hal-hal seperti politik, ekonomi, tanah runtuh, harga kereta, hal-hal syarikat, Barca Vs MU dan sebagainya masih berada dalam ruang lingkup radar pemerhatian.

Antara yang menarik perhatian saya baru-baru ini ialah kecenderungan beberapa rakan saya untuk berhijrah ke luar negara mencari pekerjaan yang boleh memberi gaji lumayan. Hal ini dirancakkan lagi setelah baru-baru ini kerajaan bermurah hati menaikkan tarif elektrik yang boleh memberi kesan terhadap kadar inflasi negara.

Maka bertempiklah anak-anak muda berdarah panas di forum-forum internet mengajak rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara kerana katanya kononnya di luar hujan emas sedang menanti.
Benarkah? Yang penting lagi yang mengajak berhijrah itu adalah seorang umat Islam yang mungkin sepatah haram pun tak tahu erti hijrah yang sebenar. Cuba beritahu aku bab mana dalam Islam suruh hijrah untuk cari dunia?

Baru kena uji sikit dengan Allah dengan kenaikan harga barang sudah menggelupur tak tentu pasal. Bukanlah aku setuju kerajaan naikkan itu dan ini cuma masalahnya daripada sudut sikap sesetengah kita yang langsung tidak menunjukkan kematangan. Di Palestin, Allah uji umat Islam di sana dengan peluru, kereta kebal, mortar, peluru berpandu... Ada mereka cabut????

Kita di sini baru Allah uji dengan Umno dah terkencit-kencit. Apa susahnya nak mengadap dengan Umno ni?? Buat jer muka bodo sekupang.... Cukup masa pilihanraya pangkah le apa yang patut. Kalau nak merajuk pun janganlah tinggalkan Battle Ground.. Itu kerja bodo namanya!

Ooo waktu susah ko lari... Waktu senang sedap-sedap ko nak hisap madunya? Rasullullah SAW yang dihalau daripada Mekah dan berhijrah ke Madinah pun rindukan tanah airnya Makkah... Kenapa kita tidak perlu sayangkan tempat lahir kita sendiri?

Paling sadis pun bagi akula keperluan untuk berhijrah pada zaman sekarang ni.. Ni pendapat jer bukan fatwa :

1. Contohnya di Spain. Ada sebuah keluarga Islam yang taat pada agamanya. Namun keadaan di sana tidak memihak kepada perkembangan Islam. Tiada masjid untuk solat jumaat, arak-babi-seks berleluasa. Bapa kepada keluarga itu ada anak perempuan yang cun melecun, sebab nak selamatkan iman anak perempuannya maka diterima pinangan seorang pemuda islam(Cthnya aku) kaya di Malaysia(Yg lebih baik suasana Islamnya).. Agar anak perempuannya boleh berhijrah ke suasana baru yang lebih baik menjamin masa depan zuriatnya bersama aku. hehehe.

2. Contohnya di Indonesia. Pekerjaan sangat susah dicari di sana disebabkan kerajaannya makan rasuah banyak sangat. Menurut rakan saya di Indonesia kalau kata Malaysia makan rasuah, di Indonesia sila darab dengan 10 untuk mengetahui magnitudnya. Jadi orang Islam di sana berhijrah ke Malaysia atau Brunei atau Dubai untuk mendapatkan pekerjaan yang mana suasana Islam di tempat-tempat tersebut masih belum memudaratkan. Jika tempat-tempat tersebut suatu hari dah jadi macam Las Vegas maka cubalah dicari pilihan yang lebih sesuai.

Daripada pilihan-pilihan tersebut ada aku bagi sebab hal dunia?

Perkara ini sebenarnya menakutkan aku sebabnya ini menunjukkan mentaliti dan jiwa anak-anak muda Islam kita sebenarnya kecil. Kena jerkah sikit dah lari.

Orang berjiwa kecil ini biasanya bila bergaduh mulut paling laser tapi bila dah kene penampar sekali dua mula mencicit mohon ampun maaf. Contohnya ada satu ketika tu kereta mak aku terlanggar belakang kereta seorang pemuda.. Kebetulan aku pun bawak kereta aku bersama bapak aku dan berhenti ke tepi untuk selesaikan masalah. Pemuda tu bermulut laser dan memaki mak aku katanya dah simpang berentilaaa woiii takkan tak reti??? Aku dengan bapak aku cool down dulu dan tanya berapa kena bayar sebab dah terang mak aku bersalah. Kira cuba nak settle cara baiklah. Tau dia kata apa? Dia kata; saya taknak duit pakcik satu sen pun... Kita bawak bengkel berapa kena pakcik bayar, dengan gaya angkuh. Masalahnya peristiwa tu berlaku pukul 11 malam.. Mana ada bengkel kereta buka. Aku cuba bagi pendapat. Dia masih keras kepala kata taknak duit ganti rugi... Darah panas ler katakan. Dah aku tengok dia darah panas saja aku simbah minyak sikit kata aku bagi RM50 cukup? Yelah dah satu sen ko taknak. Memang angin kuskus le mamat tu terus bagi amaran nak gaduh ngan aku sebab dia ingat kereta dia mahal sangat padahal cuma Perodua Alza belum BMW... Aku pun cakap ko nak gaduh mehler sini kita settle. Tau apa mamat tu buat? Haha... Kira antara aku dengan dia adalah bapak aku so dia buat-buatlah macam nak gocoh tapi himpi-himpit kat bapak aku... So bapak aku pon tahanlah dia kata udah-udah jangan gaduh. Tauler org dah ego kalau kita tahan lagi dia buat-buat berani lebih-lebih lagi ada orang tahan. Aku buat cool jer siap jer nak bagi penumbuk rusuk luar atau segerak dalam kat dagu dia bagi dia merasa indahnya hidup ini. Tapi macam aku cakap orang macam ni cakap berdegar-degar tapi berjiwa kecil... Talk but no action. Berani kat luar jer tapi pengecut kat dalam. Last-last dia amik juga duit bapak aku RM 300 sebagai ganti rugi. Kata taknak sesen pun... Isk-isk..

Kenapa ramai orang macam ini sekarang? Sebab : Materialistik itu je...

Kalau orang dah jiwa dia diisi dengan benda dengan wang maka jadi kecikla jiwa dia. Nampak hebat di luar tapi kosong di dalam.

Memang benar umat akhir zaman ni ibarat buih disebabkan perangai cintakan dunia dan takutkan mati.

Kalau setakat kereta Proton Persona kita tercalar disebabkan orang lain dan kita boleh angin tak tentu pasal tak payahla kita bercerita bab perjuangan. Jauh lagi beb.

Orang berjiwa besar ni biasanya cool dan tak cepat naik angin. Dia marah bertempat dan sesekali kalau diperlukan menggunakan kekerasan maka akan gementarlah musuh.

Janganlah ingat kita sudah menjalani latihan askar ala komando maka kita adalah Rambo. Cuba hantar askar-askar kita pergi berperang di zaman Rom atau waktu perang badar menggunakan pedang dan panah. Tengok mampukah mereka berjiwa besar? Kenapa zaman dahulu banyak melahirkan pendekar-pendekar dan pahlawan Islam ternama? Sebabnya mereka berperang secara real facing, pedang bertemu pedang, bermandi darah, penggal memenggal, tikam menikam.... Barulah jiwa menjadi besar dan tidak penakut. Bukan macam zaman sekarang tembak jarak jauh... Alahaiii... Tembak pastu menyorok... Hantar Tomahawk sambil minum kopi.

Maka adakah anda berjiwa besar atau kecil?

Renung-renungkan.

Iklan

There was an error in this gadget