Saturday, May 19, 2012

Silat kudung


Sumber : harian metro

PASIR MAS: Walaupun kudung sebelah kaki, dua sahabat layak digelar ‘pendekar kudung’ kerana mereka bukan saja mahir bersilat, malah menjadi tok guru atau tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu.
Zulkifli Mamat, 49, yang kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan dan Mohd Asri Daud, 33, yang cacat kaki kirinya sejak lahir, mampu bersilat seperti pesilat lain dengan tangkas.

Zulkifli yang menjadi tok guru Silat Minangkabau dan mula mempelajari silat itu sejak zaman kanak-kanak berkata, dia bersyukur dengan kelebihan dianugerahkan Allah dalam seni mempertahankan diri.

Katanya, dia kehilangan kaki kiri selepas dihempap besi ketika menjadi pekerja pembinaan jambatan Pasir Mas-Salor pada 1990.

“Akibat kemalangan itu, kaki kiri saya terpaksa dipotong. Saya mengambil masa hampir setahun memulihkan semangat dan kekuatan fizikal sebelum dapat kembali bersilat.

“Pada mulanya sukar membiasakan diri kerana perlu bersilat sambil memegang tongkat, tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya mampu kembali mahir bersilat seperti orang normal,” katanya yang berasal dari Kampung Aur Duri, di sini.

Komen :

Terasa berdiri bulu roma membaca cerita ini. Saya memang peminat silat minangkabau tapi tak terer pon bersilat. Cuma tau sedikit sebanyak tentang konsep langkah tiga...empat.

Fuhhh...Terfikir macam mana  kedua2 insan ini melakukan langkah tiga... kelek... penunda dalam dan luar.

Pasti memerlukan kekuatan fizikal yang luar biasa... lebih2 lagi mental dan spiritual.

Apa2 pun hendak seribu daya... tak hendak seribu dalih.

Inilah bukti kecemerlangan insan yang bernama Melayu yang berfikiran positif terhadap 'Pencipta'nya.

Iklan

There was an error in this gadget