Saturday, October 24, 2009

Pandangan ikhlas tentang politik di Malaysia

Penulis : Sahabat Insaf

Membuat kajian pasaran sebelum sesuatu produk dilancarkan di sesuatu tempat sangat penting supaya jenama yang ingin dipasarkan dapat menembusi golongan sasar. Biasanya borang survey akan diedarkan hanya untuk mengetahui isi hati golongan yang disasarkan. Maklumat ini sangat-sangat bernilai kerana akan menentukan jatuh bangun sesuatu produk ketika dilancarkan.

Pada ketika ini, saya yakin pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan PAS terutamanya sedang menghalusi kehendak dan pandangan rakyat kebanyakkan untuk menentukan jatuh bangunnya politik mereka di persada Malaysia.

Nah! Saya dengan sukarela tanpa dipaksa akan memberikan pandangan saya selaku rakyat kebanyakkan tentang politik Malaysia. Namun, di sini saya terhadkan hanya untuk parti PAS selaku parti kesayangan saya. Pandangan ini ikhlas dan saya tidak meminta apa-apa bayaran.

Saya adalah salah seorang penyokong PAS yang telah memberikan undi kepada PAS(Adun) pada pilihanraya ke-12 lalu dan PKR bagi kawasan parlimen. Saya bukanlah ahli PAS dan tidak terlibat dengan gerak kerja politik PAS.

Bagi saya PAS adalah satu wadah perjuangan dan tempat berlindung akidah bagi orang-orang beriman di Malaysia ini. Orang beriman tahu perjuangan UMNO tidak berlandaskan Islam malah sering memperlekehkan Islam. Orang yang beriman di Malaysia tidak akan sanggup memangkah undi untuk UMNO-BN yang telah secara jelas mempermainkan hukum Allah SWT. Jika ditakdirkan PAS tiada atau suatu hari nanti tiada maka saya tidak juga akan memangkah UMNO-BN... Hanya undi rosak yang akan menjadi habuan.

Apakah pandangan saya tentang PKR? Tentang PKR, saya bersimpati dengan nasib Dato Seri Anwar Ibrahim dan tidak pernah mempercayai pertuduhan yang dilakukan terhadapnya. Bagi saya PKR hanyalah klon UMNO dan yang membezakannya hanyalah pimpinan DSAI. PKR bukanlah parti yang berdisiplin seperti PAS dan boleh sahaja beralih angin bila-bila masa apabila tembolok mereka tidak dipenuhi. PAS ditarbiah dengan iman dan taqwa sebab itulah Kelantan masih boleh bertahan dengan majoriti satu kerusi sebelum ini. Tiada isu rasuah dibangkitkan dalam PAS selama ini.

Dato Seri Anwar...

Kenapa Dato Seri tidak memasuki PAS ketika Allahyarham Dato Fadzil Noor berkuasa tetapi memasuki UMNO pula??

Apabila Dato Seri ditendang oleh Mahathir pada 1998, kenapa masih tidak memasuki PAS?? Kemudian tubuhkan PKR??

Hina sangatkah PAS pada pandangan Dato seri berbanding parti PKR yang Dato tubuhkan yang penuh dengan manusia hipokrit??

Kemana hala tuju PKR jika Dato Seri tiada nanti?? Masuk UMNO semula seperti Semangat 46??

Inilah persoalan tanpa jawapan bagi rakyat kebanyakkan terutama yang masih beriman, terhadap parti PKR. Kami mengundi kerana Allah.. kerana Islam.. Masa depan Islam. Bukan kerana Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tentang DAP... Kami faham tentang ijtihad pemimpin-pemimpin PAS untuk bekerjasama dengan parti DAP. Tetapi percayalah kebanyakkan orang melayu terlalu fobia dengan parti DAP ini yang terlalu tebal dengan sikap perkauman dan anti-Islamnya. Walaupun presiden PAS boleh turun ke padang untuk menjelaskan kepada ahli-ahli PAS namun orang Melayu terutamanya masih tidak boleh menerima parti DAP ini yang telah terang-terang menolak sebuah negara Islam.

Persoalan seterusnya;

Jika Pakatan Rakyat menang kerajaan persekutuan nanti pada PR-13, bagaimanakah keadaan masa depan Islam? Adakah lebih baik daripada UMNO-BN sekarang?? DAP pasti akan menjadi duri dalam daging pada waktu itu... Adakah sekadar untuk menang kemudian apa??

Siapakah Perdana Menteri? Siapakah Timbalan Perdana Menteri?

Timbalan PM ialah Lim Kit Siang?? Lim Guan Eng? Karpal Singh??

Bolehkah majoriti orang Islam menerima mereka??

Jika pemimpin munafik, kita sebagai orang Islam masih boleh menegur mereka dengan ayat-ayat Al Quran dan Hadith, tetapi jika pemimpin kafir macam mana?? Bahasa apa yang ingin diguna pakai?? Fahamkah mereka jika kita kata arak itu haram? Pusat hiburan judi dan disko perlu ditutup?

Saya tiada jawapan... Adakah pemimpin-pemimpin PAS mempunyai jawapan?

Adakah dengan menjawab : Yang penting kita tumbangkan UMNO-BN dahulu, lepas ni kita fikirkan apa yang akan jadi? Bijaksanakah jawapan begini? Kita ada lebih kurang 2 tahun lagi sebelum PR ke 13... fikirkanlah sesuatu.

Tuan Guru Nik Aziz...

Tuan Guru Hadi Awang...

Dato' Seri Anwar Ibrahim...

Anda semua adalah ikon perjuangan Islam... Saya tidak dapat memahami jerih perih yang pernah anda lalui dalam perjuangan... Sepak terajang dunia politik anda lebih mengetahuinya. Betapa jahatnya UMNO-BN anda lebih mengetahuinya.

Namun apa yang ingin kita kecapi? Kemenangan di sisi manusia atau di sisi Allah?

Anda semua adalah nakhoda yang membawa bahtera orang-orang beriman... Orang yang sayang akan akidah mereka... Masakan anak-anak kapal tidak risau apabila melihat kapal seolah-olah belayar tanpa haluan?.. kapal bakal dinaiki lanun?...

Jika diizinkan Allah... Sekiranya penulisan dan pandangan ini berguna maka ia akan sampai ke pengetahuan pemimpin-pemimpin PAS terutamanya. Jika tidak biarlah ia menjadi sampah di alam maya ini.

Adakah undi rosak bakal menjadi habuan pada Pilihanraya ke 13 nanti?

1 comment:

  1. LAYARILAH WEBSITE WWW.DAJJALLAKNATULLAH.COM....MERUNGKAI SEGALA MASALAH DUNIA....

    ReplyDelete

Iklan