Saturday, May 19, 2012

Silat kudung


Sumber : harian metro

PASIR MAS: Walaupun kudung sebelah kaki, dua sahabat layak digelar ‘pendekar kudung’ kerana mereka bukan saja mahir bersilat, malah menjadi tok guru atau tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu.
Zulkifli Mamat, 49, yang kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan dan Mohd Asri Daud, 33, yang cacat kaki kirinya sejak lahir, mampu bersilat seperti pesilat lain dengan tangkas.

Zulkifli yang menjadi tok guru Silat Minangkabau dan mula mempelajari silat itu sejak zaman kanak-kanak berkata, dia bersyukur dengan kelebihan dianugerahkan Allah dalam seni mempertahankan diri.

Katanya, dia kehilangan kaki kiri selepas dihempap besi ketika menjadi pekerja pembinaan jambatan Pasir Mas-Salor pada 1990.

“Akibat kemalangan itu, kaki kiri saya terpaksa dipotong. Saya mengambil masa hampir setahun memulihkan semangat dan kekuatan fizikal sebelum dapat kembali bersilat.

“Pada mulanya sukar membiasakan diri kerana perlu bersilat sambil memegang tongkat, tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya mampu kembali mahir bersilat seperti orang normal,” katanya yang berasal dari Kampung Aur Duri, di sini.

Komen :

Terasa berdiri bulu roma membaca cerita ini. Saya memang peminat silat minangkabau tapi tak terer pon bersilat. Cuma tau sedikit sebanyak tentang konsep langkah tiga...empat.

Fuhhh...Terfikir macam mana  kedua2 insan ini melakukan langkah tiga... kelek... penunda dalam dan luar.

Pasti memerlukan kekuatan fizikal yang luar biasa... lebih2 lagi mental dan spiritual.

Apa2 pun hendak seribu daya... tak hendak seribu dalih.

Inilah bukti kecemerlangan insan yang bernama Melayu yang berfikiran positif terhadap 'Pencipta'nya.

Monday, August 29, 2011

Bersedia Memboikot Esso-Mobil!


Oleh : Sahabat Insaf

Oleh kerana ExxonMobil(M) beria-ria hendak menjual saham syarikatnya kepada San Miguel corp filipina (Baca : Syarikat Arak) maka aku juga beria-ria nak melaksanakan pra-boikot sebelum ianya terjadi.

Walaupun selama ini aku pengguna tegar Shell, BHP dan Petronas dan hanya sekali-sekala sahaja menggunakan Esso-Mobil tetapi selepas ini jangan harapla aku nak isi minyak lagi di Esso-Mobil selepas ini.

Esso-Mobil dikatakan rangkaian stesen minyak terlesu di negara ini dan ini memaksa mereka menjual pegangan saham mereka kepada syarikat asing.

Apakata kita tambahkan lagi kelesuan mereka sehingga bangkrap!

Mulaka hari raya anda dengan tidak mengisi minyak di rangkaian ESSO-MOBIL!

Selamat Hari Raya dan Selamat Memboikot!

Saturday, July 16, 2011

Relax Santai : Opick - Taubat



Opick - Taubat

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Tuesday, July 12, 2011

Relax santai : Mengemis Kasih - The Zikr



Lirik :

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Tuesday, June 21, 2011

BERSIH 2.0 : Catur Besar


Oleh : Sahabat Insaf

Komen saya tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal dilaksanakan sedikit masa lagi :

1. Sila batalkan kerana saya dapat menghidu bau perangkap yang sedang dipasang pihak pemerintah.

2. Bau ini saya percaya sudah dikesan oleh DSAI sehinggakan beliau juga turut memberi hint agar BERSIH dibatalkan.

3. Bermain politik ibarat main catur... kadang-kadang kita kena mengorbankan catur kecil untuk mendapatkan catur besar.

4. Musuh anda juga melakukan perkara yang sama.

5. Bagi mereka, BERSIH hanya catur kecil untuk mereka mendapatkan catur yang lebih besar.

6. SB-SB mereka sedang merancang untuk melakukan huru-hara. Adalah sangat menghairankan sikap beria-ia PERKASA dan Pemuda UMNO untuk terlibat pada hari tersebut.

7. Huru-hara ini mungkin bakal melibatkan korban jiwa dan menyebabkan parti yang terlibat diharamkan.

8. Darurat mungkin bakal diisytiharkan.

9. Yang menang ketika itu ialah UMNO-BN.

10. Saya percaya pimpinan tertinggi PAS juga telah menghidu perkara ini sebab itu kurang komen mereka terhadap BERSIH.

11. Nasihat akhir saya ialah KORBANKAN CATUR KECIL INI BAGI KITA MENDAPATKAN CATUR YANG LEBIH BESAR.

Sekian.

Pandangan daripada sebuah mata hati.

Iklan

There was an error in this gadget