Oleh : Sahabat Insaf
25 jam menaiki flight daripada KLIA-Dubai-Heathrow-Madrid-Jerez memang meletihkan. Tambah meletihkan apabila baggages yang sepatutnya ikut bersama lewat sampai apabila tiba di Jerez Spain. Agak teruja apabila dapat merasa naik Airbus A380 daripada Dubai ke Heathrow. Memang besar dan sistem penumpang Emirates Airlines agak mengagumkan. Dengan entertainment dan flight monitor view boleh mengisisi kekosongan masa 7 jam penerbangan.... Namun agak kurang selesa dengan tempat duduk yang cukup-cukup... Apa nak buat mereka pun nak optimumkan keuntungan....
3 minggu urusan kerja di EADS CASA Centro De Bahiaz Sanlucar agak mencabar kerana rata-rata penduduk di sini tidak pandai langsung berbahasa Inggeris. Bagai ayam dan itik.... Ibarat peraduan teka dan menang... Itulah bagaimana kami cuba berkomunikasi di sini. Anak syarikat Airbus ini juga rata-rata pekerjanya tidak tahu berbahasa Inggeris termasuk daripada Jurutera ke atas.
English? No....No..No English... Dengan tangan memusing-musing tanda tidak tahu.
Sepatutnya saya dihantar ke sini selama 8 bulan.. tetapi dipendekkan kepada 6 bulan... Kemudian oleh kerana beberapa masalah hanya dihantar selama 3 minggu... Yang 6 bulan itu mungkin ditangguhkan ke tahun hadapan.
Andalusia tidak asing dalam sejarah Islam.. Namun apabila tiba di sini... Ianya tidak lebih hanya memori... Sangat sukar mencari masjid di sini.. Sangat sukar juga mencari orang Islam di sini... Apabila jumpa masjid ianya hanyalah masjid yang telah ditukar muzium atau gereja.
Setelah berusaha dengan Google map dan bertanya rakan... Serta orang di sini tentang kewujudan masjid yang boleh dibuat solat Jumaat nyata saya gagal ketemunya di sini. Menurut rakan saya ada satu Masjid seperti rumah kedai di Jerez namun masih gagal juga saya temui. Minggu depan mungkin akan ke satu lagi masjid yang dikata mereka di Puerto real... Minggu ni terpaksa ponteng solat jumaat... memang berat hati.. Namun apakan daya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.
Hakikat sebenarnya kita bersolat, Allah jualah yang menggerakkan kita... Allah yang berkehendak kita bersolat... Allah jualah yang boleh berkehendak untuk kita tidak bersolat. Tiada yang dapat menahan. Kita boleh bersolat bukan semata-mata kemampuan diri tetapi hanyalah kurniaaanNya semata-mata. Jika azali lagi kita ditetapkan sebagai ahli syurga maka kita akan dipermudahkan amalan untuk itu... Sebab itulah syurga itu bukanlah atas usaha kita namun hanyalah anugerah keredhaanNya untuk kita.
Kita dihantar ke dunia untuk memahami perjalanan tersebut...
Rindu laungan azan di Malaysia....
Rindu orang-orang Islam di Malaysia...
Teringat lagi ketika saya melalui sebuah kedai kebab muslim di sini yang kelihatan tidak laku. Setelah habis membeli-belah saya merancang untuk bertemu pekerja-pekerjanya...
Are you muslim? Islam?....
Yes I am Muslim... Islam? Yes.... kata mereka...
Assalamualaikum kata saya dan dijawab mereka waalaikumussalam.
This food halal?? Saya bertanya lagi...
Halal?? yesss... halal...
Terus saya order kebab satu.. bersama kopi pekat ala andalusia...
Waktu saya makan, berpusu-pusu orang entah daripada mana datang ke kedainya sampai tak menang tangan... Waktu tadi kelihatan tidak laku namun itulah penangan berkat pertemuan muslim sesama muslim.
Bersambung ke memori Andalusia 2.
stended la org sana xreti english. klu nk cr masjid, lg lah susah weh..tp at least ada lah jugak tinggalan Islam kat situ.
ReplyDeleteMmgler dah tau awl2 lagi... tp bila dah sampai mmg mati akal gak... Pantai Cadiz cni best2.
ReplyDeleteAku kat spain lagi ni sampai 3/7 ni baru balik.
ReplyDeletepantai cadiz mmg best, nak2 lg masa tggu sunset kat tepi kota tu. tiba2 aku rindu plak nk gi sana huhuhu.
ReplyDeleteaku suggest ko amik peluang utk gi tour kat area cordoba, granada,dan sevilla.
kat granada ada kota bekas tinggaln islam.
kat sevilla, cathedral terbesar kat tgh2 bandar tu asalnya ialah masjid yang telah di rampas oleh kristian.
Aku sebenarnya rindu sgt dah kat ank aku.. Dah takder mood nak jalan.. Pantai Cadiz ni mmg best TAPI AWAS... Jeng3... Sini pantai Topless.. Jadi mata tu kene pandai kawal hehe.
ReplyDeleteTp mungkin tahun depan company hantar aku utk 6 bln.. Gilerr arrr bolehh mati akal duk sorang2 kat sini.
Tgkler camner mungkin aku tolak kot... 3 minggu kat sini pon dah rindu kat Malysia... Cili kat sini diorang mmg tak kenal dan tak jual.. hahahaha.. blk kang aku nak wat jus cili padi bior meletop perut.