Tuesday, June 29, 2010

Memori Andalusia 2...

Oleh : Sahabat Insaf

Pada Jumaat kedua, misi mencari masjid dijadikan misi hidup dan mati! Kali ini Puerto Real bakal diselongkar.

Dengan kereta sewa Ford KA, saya merayau-rayau di kota kecil itu.

Saya meletakkan kereta di pelabuhan/pelantar kemudian berjalan kaki pada waktu sebelum waktu solat Jumaat dengan harapan bertemu mana-mana jemaah yang sedang berjalan kaki.

Hampir 15 minit tidak bertemu apa-apa dan hampir putus asa. Tiba-tiba, daripada jauh sayup-sayup kelihatan lelaki berkulit hitam berjubah sedang berjalan laju.

Kereta Ford KA yang disewa 600 Euros untuk 21 hari.. Sedap gak kereta ni. Continental Car.

Ya Habibi! Terus saya kejar mamat tu dan ikut daripada belakang.

Assalamualaikum... kata saya.

Waalaikummussalam.. Kata syeikh tu dengan nada terkejut tapi mesra.

Mezquita? Kata saya.

Ya.. mezquita... Sambil dia menunjukkan arah ke Mezquita.

Anta Malayzie? kata dia..

Ya.. Ya Ana Malaysia.. Ya Malayzie.. Seolah-olah dia faham muka kita ni muka asia.

Masjidnya tidaklah besar, hanya sebuah shoplot yang disewa untuk mendirikan solat Jumaat. Namun apalah nak dikesahkan.. Janji Rock! hahahaha!


Orang berkulit hitam di sini biasanya orang Morocco dan kebanyakkannya beragama Islam.

Walaupun sepatah haram kutbahnya saya tak faham namun itulah solat Jumaat yang paling nikmat pernah saya rasakan. Fuhh sehingga menjilat jari!

Disini sebagai peringatan, kita perlulah merendahkan sedikit 'expectation' kita kepada warga muslim di sini memandangkan suasana setempat yang tidak memihak kepada perkembangan Islam. Cukuplah jika dia dapat menjawab salam maka anggaplah dia saudaramu.

Saya pernah makan kebab di pantai Cadiz yang di bawa oleh kawan daripada Airbus.. Katanya halal... Memang Sedap... Tuan punya kedai pun muslim tapi di kedainya tetap menjual beer. Inilah yang saya maksudkan rendahkan sedikit 'expectation' anda di sini.. Janganlah ditanya mamat mana yang sembelih ayam.. macam mana dia sembelih.. Ada sijil halal ke tidak? Cuma makan dan bersangka baiklah.

Di tempat kerja Airbus sini, memang ada disediakan makan tengah hari. Chefnya faham saya muslim dan disediakan hanya ikan dan sayur. Tapi pada waktu makan janganlah komplen sebab kiri kanan kita semua orang sedang sibuk melantak daging babi.

Babi-Seks-Arak

Babi adalah satu industri yang agak besar di sini. Jika ke pasar raya , peha babi kering bersidai di dalamnya.. Baunya memang meloyakan. Diceritakan sejarah Andalusia, ketika tentera kristian menakluki kembali Andalusia setiap rumah diarah membela babi seekor untuk membuktikan mereka sudah convert ke Kristian. Memang berkesan dan inilah hasilnya sekarang.

Seks juga satu industri terbesar di sini... Pantai Topless...Rancangan TV pada waktu malam memang hanya untuk memperbesarkan perihal seks. dot..dot..dot

Arak... Usah cakapla... Kalau Kedai Kebab Muslim pun jual arak... Saya rasa tak ada lagi jumpa restoran dekat sini.. Semuanya Bar.. Bar.. Bar.. Bar Jamon. Hujung minggu adalah waktu mereka meneguk arak... bermabuk-mabuk.. Ini diceritakan sendiri kawan saya daripada Airbus. Katanya dia mendapat tawaran kerja yang agak lumayan di Dubai... Tapi dia menolaknya dengan alasan arak di sana terlalu mahal dan sukar didapati.. He cannot live without a beer!

Babi-Seks-Arak itu adalah cara hidup di sini. It's a hell big industry. Saya sekadar menghormatinya. It's already embedded into the systems. Cannot live without it.

Mungkin itulah antara sebab apabila Nabi Isa turun di akhir zaman baginda akan menghapuskan babi-babi di seluruh dunia.

Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang.

Seribu kali lebih baik kehidupan kita di Malaysia.

Adios.

No comments:

Post a Comment

Iklan