Oleh : Sahabat Insaf
Sudah lama saya tidak menulis di blog... Bukannya tidak berminat tetapi beberapa isu politik kebelakangan ini yang semakin kalut-malut membuatkan saya takut untuk melontarkan pandangan kerana bimbang akan disalah anggap kerana buah fikiran yang bakal saya lontarkan ini sangat susah dihadam oleh pengunjung-pengunjung tertentu.
Sudah pastinya tentang Hulu Selangor...
Kenapa Zaid Ibrahim?
Ujian apakah ini yang sedang ditimpakan Allah ke atas umat Islam di Malaysia?
Masih segar di ingatan, saman yang pernah beliau kemukakan suatu ketika dahulu kepada kerajaan Kelantan kerana menggubal undang-undang hudud.
Menyaman Undang-Undang Allah?
Penjelasan Zaid Ibrahim tentang perbuatan samannya kerana Kelantan sepatutnya mengusulkan hal itu di Parlimen dan bukan Dewan Negeri adalah sangat dangkal dan kebudak-budakan dan tidak dapat memadamkan api kebencian saya terhadap perbuatannya yang lampau.
Saya wajib memusuhi mereka yang memusuhi agama Allah kecuali dia benar-benar bertaubat...
Jangan bimbang, saya bukan menyuruh anda semua terutamanya pengundi Hulu Selangor memangkah MIC... Memangkah MIC samalah seperti memangkah UMNO... Memangkah UMNO samalah seperti menyokong APCO... Menyokong APCO samalah seperti menyokong ZIONIS!!
Hadamkan betul-betul...
Habis tu apa nak buat??
Sokong Bebas?? Puak-puak Brahim Ali cap PERKOSA?? Atau Zul yang bersemangat tak tentu arah tu??
Sokong Bebas bermakna perabihkan beras jer...
Undi rosak?? Terpulang... tetapi itu hanya memanjangkan nyawa UMNO-APCO sahaja.
Masih ada masa lagi sebelum penamaan calon... Puak-puak beriman di Hulu Selangor buatlah apa yang patut untuk mendesak pihak atasan menukar calon. Atau adalah lebih baik Dato Zaid undur sahaja diri sendiri untuk kebaikan semua.
Saya tidak mahukan pemimpin di parlimen yang mempunyai rekod buruk terhadap Agama Islam!
Kenapa Zaid Ibrahim?
Kenapa Zaid Ibrahim?
Kenapa Zaid Ibrahim?
Kenapa Zaid Ibrahim?
Kenapa Zaid Ibrahim?
Di akhir zaman ini apabila akidah menjadi taruhan kita bagaikan hidup di dimensi berlainan.
Apabila kemenangan menjadi taruhan akidah bukan lagi persoalan.
Takkan aku cenderung kepada orang yang zalim...
Zalim yang terbesar adalah......
Fikirlah sendiri.
Sekian terimalah kasihku.
Sahabat yang senantiasa Insaf.
No comments:
Post a Comment