
Membuat kajian pasaran sebelum sesuatu produk dilancarkan di sesuatu tempat sangat penting supaya jenama yang ingin dipasarkan dapat menembusi golongan sasar. Biasanya borang survey akan diedarkan hanya untuk mengetahui isi hati golongan yang disasarkan. Maklumat ini sangat-sangat bernilai kerana akan menentukan jatuh bangun sesuatu produk ketika dilancarkan.
Pada ketika ini, saya yakin pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan PAS terutamanya sedang menghalusi kehendak dan pandangan rakyat kebanyakkan untuk menentukan jatuh bangunnya politik mereka di persada Malaysia.
Nah! Saya dengan sukarela tanpa dipaksa akan memberikan pandangan saya selaku rakyat kebanyakkan tentang politik Malaysia. Namun, di sini saya terhadkan hanya untuk parti PAS selaku parti kesayangan saya. Pandangan ini ikhlas dan saya tidak meminta apa-apa bayaran.