Saturday, September 25, 2010

Pembunuhan Sosilawati: Mencari keadilan menurut undang-undang jenayah syari'

Oleh : Nasrudin Hassan At Tantawi
MUKADIMAH

Kes jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan yang bukanlah jenayah pembunuhan episod pertama di dalam negara kita dan juga pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan sebelum ini. Ini menunjukkan betapa banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di negara ini. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah, sampai bilakah jenayah melibatkan pembunuhan akan berakhir dan adakah ianya akan menjadi kebiasaan sebagaimana kes-kes kecurian, pecah rumah dan rompakan bersenjata?

ASPEK PENILAIAN.

Antara aspek yang perlu difikirkan bersama ialah aspek perundangan. Ini kerana, perundangan antara aspek yang memberikan kesan pertambahan dan pengurangan jenayah itu sendiri. Setelah polis berjaya menangkap penjenayah setelah berhempas pulas mempertaruhkan nyawa dan jiwa mereka, ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk dibicarakan. Apabila dibicarakan, akhirnya hakim akan membuat keputusan berdasarkan ruang lingkup perundangan yang sedia ada, bukan menurut kehendak dan keinginan hakim itu sendiri. Di sinilah titik terakhir dalam proses penyelesaian kes-kes yang melibatkan jenayah. Jika ia berjaya, maka mangsa jenayah akan terbela, penjenayah akan insaf dan serik, penjenayah yang belum ditangkap berhenti daripada aktiviti jenayah mereka bahkan menjadi penamat bagi kelahiran bakal-bakal penjenayah yang baru.

Di samping kecekapan anggota keselamatan serta sistem kawalan keselamatan individu yang perlu dikaji dan dipertingkatkan, DPPP merasakan bahawa undang-undang yang menjadi titik penamat bagi sesuatu kes jenayah adalah amat penting untuk dinilai bersama. Jika undang-undang berjaya menjadi pendidik, pengancam dan pencegah jenayah, maka pihak polis tidak perlu bertungkus lumus mempertaruhkan jiwa dan nyawa mereka serta meletakkan isteri, anak-anak dan keluarga mereka di dalam kebimbangan.

Begitu juga halnya dengan hakim, peguam-peguam dan seumpamanya. Mereka juga bukanlah golongan yang bertanggungjawab sepenuhnya apabila penjenayah yang mereka jatuhi hukuman tidak serik atau hukuman itu tidak menginsafkan atau tidak mencegah jenayah baru daripada berlaku sekalipun sudah terlalu banyak penjenayah dijatuhkan hukum. Ini kerana, mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka justeru mereka juga terikat dengan undang-undang yang sedia ada, khususnya sistem kehakiman dan undang-undang itu sendiri.

Oleh itu, penting untuk dibuat penilaian terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara supaya ianya lebih berperanan dan lebih berkesan di dalam menurunkan atau mengsifarkan kadar jenayah. Atau dengan kata lain, lebih bersifat mencegah daripada berlaku, menginsafkan yang dah dilakukan, membela keluarga mangsa dan mengamankan negara, iaitu ciri-ciri perundangan Syari’ah Islam.

Monday, August 9, 2010

Kahwin muda atau berzina? Saya sokong 100%

Oleh : Sahabat Insaf

Isu kahwin muda yang dilontarkan oleh Ketua Menteri Melaka sangat saya sokong 100%. Walaupun ramai pihak daripada pembangkang mahupun kerajaan yang pesimis akan hal ini namun bagi saya mereka cuma gagal memahami isu yang cuba dilontarkan. Isunya adalah realiti yang berlaku iaitu 'bayi telah dibuang merata-rata'.... diulang merata-rata... Sekarang ini apakah penyelesaian terhadap realiti yang berlaku ini?

Kenapa perlu diulang tentang peranan ibu-bapa dalam hal ini?

Kenapa perlu diulang tentang peranan masyarakat?

Kerajaan?

Jiran?

Bukankah perkara tersebut telah muak dibincangkan? Selesaikah?

Sekurang-kurangnya cadangan Ketua Menteri Melaka itu bersifat praktikal untuk meminumkan kesan yang berlaku.

Contohnya, jika ada satu bom yang diletakkan berhampiran kita dan diketahui akan meletup dalam 5 minit lagi... apa yang akan kita buat? Pasti samaada kita akan lari sejauh mungkin.. atau berlindung di mana-mana dinding untuk meminimumkan kesannya. Adakah logik dalam waktu 5 minit itu kita berbincang untuk mencari siapa yang letakkan bom tersebut dengan harapan dia akan mematikannnya??? Gila.

Tuesday, June 29, 2010

Memori Andalusia 2...

Oleh : Sahabat Insaf

Pada Jumaat kedua, misi mencari masjid dijadikan misi hidup dan mati! Kali ini Puerto Real bakal diselongkar.

Dengan kereta sewa Ford KA, saya merayau-rayau di kota kecil itu.

Saya meletakkan kereta di pelabuhan/pelantar kemudian berjalan kaki pada waktu sebelum waktu solat Jumaat dengan harapan bertemu mana-mana jemaah yang sedang berjalan kaki.

Hampir 15 minit tidak bertemu apa-apa dan hampir putus asa. Tiba-tiba, daripada jauh sayup-sayup kelihatan lelaki berkulit hitam berjubah sedang berjalan laju.

Friday, June 25, 2010

Selamat Jalan Ustaz Fadlan...


Oleh : Sahabat Insaf

Melihat siapa ulama yang bakal memeluk UMNO pada hari ini amat memeranjatkan saya. Ustaz Fadlan Mohd Othman. (Lihat link blog beliau : http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/). Beliau mengajar secara sambilan di sebuah tempat di Kuala Lumpur dan saya pernah mengikuti pengajarannya selama beberapa bulan. Adusss..... siap mengetuai jemaah memeluk UMNO beramai-ramai.

Saya berhenti mendengar pengajiannya apabila menghidu bau-bau super salaf di dalam pengajiaannya. Antaranya, Allah ada tangan tapi tangannya tak serupa macam tangan kita...begitu juga kaki, wajah.....

Saya terkedu... Terkesima... Ambil masa yang agak lama juga untuk meninggalkan pengajiannya.

Saya tak alim mana... Cuma bila ada yang tak kena tu hati akan cepat beralih... fatwa hati.

Beliau mengajar akidah berdasarkan hadith-hadith sahih dan menerangkannya secara langsung.

Secara langsung.... Betul-betul secara langsung..

Saya ikut setelah diajak kawan... Entah apa jadi dengan dia sekarang.

Entah dah jadi anak "Pak Wahab" atau tidak.

Pak Wahab banyak anak-anaknya di serata Malaysia... Belah pembangkang ataupun belah APCO. Jadi bila ada yang menentang golongan Pak Wahab ni jangan dikata pro-Apco ataupun pro-Pembangkang... Belum tentu... Kebenaran makin samar.

Senyap sebentar dan dengarkan fatwa hati.

Selamat Jalan Ustaz Fadlan.

Saturday, June 19, 2010

Memori Andalusia 1...

Oleh : Sahabat Insaf

25 jam menaiki flight daripada KLIA-Dubai-Heathrow-Madrid-Jerez memang meletihkan. Tambah meletihkan apabila baggages yang sepatutnya ikut bersama lewat sampai apabila tiba di Jerez Spain. Agak teruja apabila dapat merasa naik Airbus A380 daripada Dubai ke Heathrow. Memang besar dan sistem penumpang Emirates Airlines agak mengagumkan. Dengan entertainment dan flight monitor view boleh mengisisi kekosongan masa 7 jam penerbangan.... Namun agak kurang selesa dengan tempat duduk yang cukup-cukup... Apa nak buat mereka pun nak optimumkan keuntungan....

3 minggu urusan kerja di EADS CASA Centro De Bahiaz Sanlucar agak mencabar kerana rata-rata penduduk di sini tidak pandai langsung berbahasa Inggeris. Bagai ayam dan itik.... Ibarat peraduan teka dan menang... Itulah bagaimana kami cuba berkomunikasi di sini. Anak syarikat Airbus ini juga rata-rata pekerjanya tidak tahu berbahasa Inggeris termasuk daripada Jurutera ke atas.

Iklan