Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

PAS Bayar RM250 Balik Mengundi Adalah Tidak Wajar Sama Sekali!

Oleh : Sahabat Insaf

Pas membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini. Mula-mula ingat berita ini berita spin... Tapi setelah diperiksa memang betul dan memang tak patut sama sekali!

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi.Beliau bagaimanapun menafikan bayaran itu adalah satu bentuk rasuah untuk para pengundi sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah saya mendengar PAS menabur duit dalam pilihanraya. Sebelum ini yang hanya saya dengar adalah daripada pihak UMNO-BN dan PKR. Dalam press conference, Datuk Wan Abdul Rahim selaku penasihat jentera pilihanraya PAS mengatakan itu bukanlah rasuah tapi sekadar menampung kos perjalanan sahaja.

Walaupun berkopiah, Datuk Wan Abdul Rahim ini menunjukkan tahap jahil tukil yang tidak boleh diubati lagi apabila menghalalkan penaburan duit ketika pilihanraya ini. Apa beza kamu dengan UMNO sekarang?

UMNO buat rumah kos rendah bernilai ratusan juta ketika pilihanraya kecil dengan alasan yang lebih kurang sama iaitu membantu masyarakat miskin.

UMNO buat masjid... Buat jambatan ketika pilihanraya... Untuk masyarakat kononnya...

PAS kata ini RASUAH PILIHANRAYA!

Bila PAS bagi RM250 untuk pengundi halallan toyyiban! Kitab mana kau bukak? Pandai tak boleh ditegur jahil tak boleh diajar!

Namun saya yakin ini bukanlah pendirian parti PAS keseluruhannya. Namun PAS haruslah mengambil tindakan tegas terhadap insiden ini dengan MEMECAT Datuk Wan Abdul Rahim ini sebagai penasihat jentera pilihan raya dan menggantung keahliannya sebagai ahli PAS untuk sekurang-kurangnya 2 tahun.

Secara peribadi saya meminta Datuk Wan Abdul Rahim menarik balik kenyataannya dan bertaubat kepada Allah SWT kerana telah mencemarkan nama baik pendukung-pendukung Islam keseluruhannya.

Wednesday, April 14, 2010

Bagaikan hidup di dimensi berlainan...

Oleh : Sahabat Insaf

Sudah lama saya tidak menulis di blog... Bukannya tidak berminat tetapi beberapa isu politik kebelakangan ini yang semakin kalut-malut membuatkan saya takut untuk melontarkan pandangan kerana bimbang akan disalah anggap kerana buah fikiran yang bakal saya lontarkan ini sangat susah dihadam oleh pengunjung-pengunjung tertentu.

Sudah pastinya tentang Hulu Selangor...

Kenapa Zaid Ibrahim?

Ujian apakah ini yang sedang ditimpakan Allah ke atas umat Islam di Malaysia?

Masih segar di ingatan, saman yang pernah beliau kemukakan suatu ketika dahulu kepada kerajaan Kelantan kerana menggubal undang-undang hudud.

Menyaman Undang-Undang Allah?

Penjelasan Zaid Ibrahim tentang perbuatan samannya kerana Kelantan sepatutnya mengusulkan hal itu di Parlimen dan bukan Dewan Negeri adalah sangat dangkal dan kebudak-budakan dan tidak dapat memadamkan api kebencian saya terhadap perbuatannya yang lampau.

Saya wajib memusuhi mereka yang memusuhi agama Allah kecuali dia benar-benar bertaubat...

Jangan bimbang, saya bukan menyuruh anda semua terutamanya pengundi Hulu Selangor memangkah MIC... Memangkah MIC samalah seperti memangkah UMNO... Memangkah UMNO samalah seperti menyokong APCO... Menyokong APCO samalah seperti menyokong ZIONIS!!

Hadamkan betul-betul...

Saturday, October 24, 2009

Pandangan ikhlas tentang politik di Malaysia

Penulis : Sahabat Insaf

Membuat kajian pasaran sebelum sesuatu produk dilancarkan di sesuatu tempat sangat penting supaya jenama yang ingin dipasarkan dapat menembusi golongan sasar. Biasanya borang survey akan diedarkan hanya untuk mengetahui isi hati golongan yang disasarkan. Maklumat ini sangat-sangat bernilai kerana akan menentukan jatuh bangun sesuatu produk ketika dilancarkan.

Pada ketika ini, saya yakin pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan PAS terutamanya sedang menghalusi kehendak dan pandangan rakyat kebanyakkan untuk menentukan jatuh bangunnya politik mereka di persada Malaysia.

Nah! Saya dengan sukarela tanpa dipaksa akan memberikan pandangan saya selaku rakyat kebanyakkan tentang politik Malaysia. Namun, di sini saya terhadkan hanya untuk parti PAS selaku parti kesayangan saya. Pandangan ini ikhlas dan saya tidak meminta apa-apa bayaran.

Iklan