Friday, August 7, 2009
Mencari Rosli Dhoby di kalangan kita...
Penulis dan penyusun : Sahabat Insaf
Membaca riwayat hidup Rosli Dhoby dan merenung kejernihan wajahnya membuatkan penulis sebak tetapi membakar semangat yang kadang-kadang surut bak air pasang laut. Rosli Dhobi adalah Pahlawan Melanau Sarawak yang berjuang untuk mepertahankan maruah Islam dan bangsa yang tercalar dek kerakusan penjajah@pengganas British.
Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Tuesday, June 30, 2009
Raja Haji - Pahlawan Teragung Nusantara

Pahlawan Teragung Nusantara
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
MASYARAKAT Melayu masih ramai belum mengetahui bahawa di Melaka ada beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu.
Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Di antara sekian ramai yang gugur sebagai syuhada termasuklah seorang ‘ulama’ sufi dunia Melayu yang paling terkenal. Beliau bermakam di Melaka. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i yang terkorban sebagai syuhada kerana berperang dengan Portugis.
Sejarah yang penting tentang tokoh besar yang syahid fisabilillah di Melaka juga ialah Raja Haji bin Upu Daeng Celak yang terkorban kerana melawan penjajah Belanda. Saya berpendapat bahawa Raja Haji ialah pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat semacam Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan maritim yang amat luas. Raja Haji inilah yang menjadi topik perbicaraan dalam artikel ini.