Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Memori Andalusia 2...

Oleh : Sahabat Insaf

Pada Jumaat kedua, misi mencari masjid dijadikan misi hidup dan mati! Kali ini Puerto Real bakal diselongkar.

Dengan kereta sewa Ford KA, saya merayau-rayau di kota kecil itu.

Saya meletakkan kereta di pelabuhan/pelantar kemudian berjalan kaki pada waktu sebelum waktu solat Jumaat dengan harapan bertemu mana-mana jemaah yang sedang berjalan kaki.

Hampir 15 minit tidak bertemu apa-apa dan hampir putus asa. Tiba-tiba, daripada jauh sayup-sayup kelihatan lelaki berkulit hitam berjubah sedang berjalan laju.

Saturday, June 19, 2010

Memori Andalusia 1...

Oleh : Sahabat Insaf

25 jam menaiki flight daripada KLIA-Dubai-Heathrow-Madrid-Jerez memang meletihkan. Tambah meletihkan apabila baggages yang sepatutnya ikut bersama lewat sampai apabila tiba di Jerez Spain. Agak teruja apabila dapat merasa naik Airbus A380 daripada Dubai ke Heathrow. Memang besar dan sistem penumpang Emirates Airlines agak mengagumkan. Dengan entertainment dan flight monitor view boleh mengisisi kekosongan masa 7 jam penerbangan.... Namun agak kurang selesa dengan tempat duduk yang cukup-cukup... Apa nak buat mereka pun nak optimumkan keuntungan....

3 minggu urusan kerja di EADS CASA Centro De Bahiaz Sanlucar agak mencabar kerana rata-rata penduduk di sini tidak pandai langsung berbahasa Inggeris. Bagai ayam dan itik.... Ibarat peraduan teka dan menang... Itulah bagaimana kami cuba berkomunikasi di sini. Anak syarikat Airbus ini juga rata-rata pekerjanya tidak tahu berbahasa Inggeris termasuk daripada Jurutera ke atas.

Friday, November 20, 2009

SKMM Mula Bertindak!! Laman Web Celaka Bakal Dijahanamkan!

Penulis : Wan Amurks

Membaca berita tentang isu laman web yang menyesatkan dan menghina Islam bakal diambil tindakan oleh SKMM sememangnya melegakan. Alhamdulillah di atas keprihatinan SKMM. Perkara ini telahpun dibangkit di Dewan Rakyat pada persidangan yang lalu atas keprihatinan beberapa ahli parlimen. Tahniah diucapkan.

Antara yang telah dan bakal diambil tindakan ialah :

www.syurgaislam.blogspot.com


www.faithfreedom.org (Geng-geng Meriam Rasul Palsu wanita dan free thinker memang suka lepak kat tempat-tempat macam ni!)

manatuhanallah.wordpress.com (Celaka lagi menyesatkan! Laknat Allah ke atas pembuat dan sesiapa sahaja yang bersubahat membuat blog ini! Blog ini memperjuangkan penzahiran Allah dalam bentuk manusia di akhir zaman... Laknat! Laknat! Laknat!! Sakit hati apabila membacanya)

tokbatinsenoi.blogspot.com (Dah tukar nama baru-baru ni tokbatinsenoi-x.blogspot.com/)

Tinjauan penulis ke atas blog-blog di atas mendapati sebahagian blog telahpun disekat/dilupus/dihapus, tetapi tidak diketahui samaada SKMM atau tuan punya blog yang melakukannnya. Laman Tok Batin senoi pula kini hanya boleh dilayari by invitation only. Tak kisahlah janji mereka tengah panas punggung.

Walaupun sebelum ini saya pun menjadi keliru akan fungsi SKMM namun mungkin berita ini boleh menjadikan saya semakin berprasangka baik kepada badan ini.

Sunday, August 9, 2009

Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam

Mukaddimmah

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

Friday, August 7, 2009

Mencari Rosli Dhoby di kalangan kita...

Rosli Dhoby dalam kenangan

Penulis dan penyusun : Sahabat Insaf

Membaca riwayat hidup Rosli Dhoby dan merenung kejernihan wajahnya membuatkan penulis sebak tetapi membakar semangat yang kadang-kadang surut bak air pasang laut. Rosli Dhobi adalah Pahlawan Melanau Sarawak yang berjuang untuk mepertahankan maruah Islam dan bangsa yang tercalar dek kerakusan penjajah@pengganas British.

Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Friday, July 31, 2009

Peruntuh masjid peluk Islam

Gambar : Masjid Babri India ketika rusuhan

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Saturday, June 6, 2009

Sahabat insaf is now blogging...

Assalamualaikum WBT kepada semua datang ke blog ini. Semoga mendapat manfaat.

Blog ini lebih merupakan catatan pandangan dan pengalaman peribadi penulis terhadap kehidupan ini. Biasanya post original daripada penulis akan diletakkan nama Sahabat Insaf (Sahabat Insaf = wan panglima = pang5 = Wan Amurks) dan jika ada post lain daripada blog lain yang penulis fikirkan menarik untuk dikongsi bersama maka penulis akan letakkan nama penulis asal dan sumber link ke blog tersebut.

Penulis cuba elakkan menulis sebarang isu-isu agama yang berat kerana berpandangan penulis bukanlah pihak yang ahli dalam mendebatkan hal-hal tersebut. Namun link-link keagamaan yang penulis secara peribadi memikirkan sesuai untuk dikongsi bersama telah diletakkan di beberapa bahagian di blog ini yang secara terus ke blog asal si penulis. Penulis amat sedar, blog menggambarkan peribadi penulis maka rasa bertanggungjawab penulis ketika membuat blog ini tidak pernah dilupakan dan boleh sahaja diingatkan kembali oleh pengunjung-pengunjung.

Secara amnya penulis amat gemar menulis tentang hal-hal kejuruteraan, tokoh, pahlawan, silat dan seni beladiri sebagai satu catatan untuk teman-teman, anak-anak dan generasi yang mendatang. Penulis juga amat gemar menyelitkan mesej tersirat dalam setiap penulisan dan boleh disedari bagi yang mahu berfikir-Sahabat Insaf

Iklan