Monday, May 23, 2011
Kemunculan Imam Mahdi Yang Dinanti...
Siapa yang tidak tahu tentang kisah kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman ini? Sebagai orang Islam, rata2nya sudah mengetahui akan kebangkitan Imam Mahdi di akhir zaman ini. Bila akhir zaman itu?? Sekarang!! Percayakah anda bahawa kita lah umat akhir zaman itu??? Yaaa.... Jika merujuk kepada banyak hadis2 Nabi, maka memang terbukti kitalah umat yang berada pada akhir zaman itu..
عن ابن عباس عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كيف تهلك أمة أنا فى أولها وعيسى ابن مريم فى آخرها والمهدى من أهل بيتى فى وسطها (الحاكم فى تاريخه ، وابن عساكر) أخرجه ابن عساكر (47/522) . وأخرجه أيضًا : الديلمى (3/292 ، رقم4875) .
Dari Ibn Abbas r.a. dari Nabi SAW, bersabda: "Bagaimana umat ini rusak sedangkan aku ada di awalnya, Mahdi ada di tengahnya dan al-Masih Ibn Maryam ada di akhirnya (Al Hakim dalam Kitab Tarikh, Ad Dailamy, Ibn Asakir )
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَلاءً يُصِيبُ هَذِهِ الأُمَّةَ حَتَّى لا يَجِدُ الرَّجُلُ مَلْجَأً يَلْجَأُ إِلَيْهِ مِنَ الظُّلْمِ ، فَيَبْعَثُ اللَّهُ رَجُلا مِنْ عِتْرَتِي أَهْلِ بَيْتِي ، فَيَمْلأُ بِهِ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا ، يَرْضَى عَنْهُ سَاكِنُ السَّمَاءِ وَسَاكِنُ الأَرْضِ ، لا تَدَعُ السَّمَاءُ مِنْ قَطْرِهَا شَيْئًا إِلا صَبَّتْهُ مِدْرَارًا ، وَلا تَدَعُ الأَرْضُ مِنْ نَبَاتِهَا شَيْئًا إِلا أَخْرَجَتْهُ حَتَّى يَتَمَنَّى الأَحْيَاءُ الأَمْوَاتَ ، يَعِيشُ فِي ذَلِكَ سَبْعَ سِنِينَ أَوْ ثَمَانِ سِنِينَ (شرح السنة (أحاديث فقط) البغوي)
Abu Sa'id al-Khudry ra, berkata: Nabi SAW menyebutkan bahwa akan ada bencana yang menimpa umat ini sehingga mereka tidak mendapatkan tempat untuk berlindung dari kezaliman tersebut, maka Allah mengutus seorang laki-laki dari keturunanku dan keluargaku, maka pada saat itu dunia ini dipenuhi keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi kezaliman dan kemungkaran, penduduk langit suka dengannya begitu pula penduduk bumi, tidak meninggalkan langit satu titispun dari air yang turun darinya melainkan menumbuhkan tanaman dan menyuburkan tanah, dan tidak meninggalkan bumi dari tumbuh tumbuhannya melainkan mengeluarkan tanaman sehingga orang yang meninggal pun ingin hidup lagi. Al-Mahdi hidup selama 7 atau 8 tahun".(Sarhus Sunnah-Al Baghawy , Misykaatu al-Mashaabih bab Asyraatu as-Saa'ah dalam Al-Mustadrak lil al-Hakim )
Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud
Petanda akhir zaman ialah hampir seluruh dunia berkonspirasi menghancurkan umat Islam, hatta Jepun dan Korea pun (yang nampak neutral) menyertai pakatan ketenteraan ke Iraq. PBB sebenarnya adalah pakatan Salibi-Yahudi. Lihat sahaja resolusi2 mereka semuanya menindas umat Islam, bermula dengan resolusi 1948 (penubuhan negara haram Israel di Palestine), dan yang terbaru ialah resolusi anti-keganasan dan WMA (weapon of mass destruction) yang berkesudahan dengan penjajahan Iraq dan Afghanistan.
Ada lagi tanda2 yang mengatakan kita ini adalah umat akhir zaman;
Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
Bila kita melihat kepada hadis2 yang dinyatakan tadi benarlah bahawa kita ini ialah umat yang berada pada zaman yang akan berakhir iaitu KIAMAT!!!
Mengikut hadis Saiyuduna Nabi Muhammad, kiamat takkan berlaku selagi tidak munculnya seorang yang berasal dari keturunan baginda iaitu Imam Mahdi! Secara realitinya hari ini Imam mahdi tidak menzahirkan lagi dirinya. Oleh itu bila dia akan zahirkan diri? Semua ini dalam pengetahuan Allah taala. Kita tak mampu untuk tahu secara hakikat bila kemunculannya. Namun kita boleh mengkaji dari dalil2 hadis Nabi tentang kemunculannya.
Hadis tentang kelahiran dan kemunculan Imam mahdi ;
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ (أخرجه أبو داود (4/107 ، رقم 4284) ، وابن ماجه (2/1368 ، رقم 4086) ، والحاكم (4/601 ، رقم 8672) ، والطبرانى (23/267 ، رقم 566)
Ummu Salamah ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda: "Imam Mahdi itu dari keluargaku dari keturunan anak Fatimah" (Sunan Abu Dawud Kitab Al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al-Mahdi, Ibn Majah, Al Hakim dan At Thabra
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ
Abu Sai'id al-Khudriy ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda:"Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya, mancung hidung-nya, pada masanya dunia penuh keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun" (HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al- Mahdiy )
Ini pula tanda2 yang sudah berlaku tentang kemunculan Imam Mahdi;
"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut2 2 gerhana pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar)
"Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)
"Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)
"Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)
Jika kita melihat kepada dalil2 di atas maka fahamlah bahawasanya tanda2 kemunculan Imam Mahdi ini sudah berlaku. Yaaaa, gerhana bulan dan matahari pernah direkodkan berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun 1981 dan 1982.
Kita pergi pula ke tanda2 yang lain yang sudah pun berlaku. Tanda2 seterusnya ialah kemunculan bintang berekor atau komet melintasi bumi.
"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur." (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazzar)
"Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)
Jika kita melihat kepada dalil2 di atas, Nabi pernah mengatakan bahawa antara tanda2 kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya bintang berekor(komet). Yaaaa, bintang berekor atau komet ini pernah direkodkan melintasi bumi pada tahun 1986. Komet ini merupakan sebuah bintang terang bersinar yang melintas dari Timur ke Barat. Ini terjadi setelah gerhana matahari dan bulan pada tahun 1981 dan 1982.
Tanda2 yang lain pula ialah berlakunya peperangan yang besar di bulan Syawal.
"Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah), pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae'dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas). "(Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166)
Tiga bulan yang dimaksudkan dalam hadits ini kebetulan bertepatan dengan bulan-bulan berkecamuknya Perang Iran-Iraq. Pemberontakan(huru hara) pertama atas Shah Iran berlangsung pada 5 Syawal 1398 (8 September 1976), seperti yang ditunjukkan oleh hadits ini, dan perang meletus antara Iran dan Iraq pada bulan Dzulhijjah 1400 (Oktober 1980).
Bila kita melihat kepada dalil2 di atas, cuba kita perhatikan satu persatu bahawa semua tanda2 itu berlaku dalam lingkungan jarak tahun yang dekat. Bermula dari tahun 1976 ketika huru hara pertama pemberontakan ke atas Raja Iran iaitu Shah Iran Pahlevi(jatuh pada tahun 1979) pada bulan Syawal. Dan peperangan Iran-Iraq pada tahun 1980 pada bulan Dzulhijjah. Selepas itu berlaku pula 2 gerhana dalam bulan Ramadhan pada tahun 1981-1982(2 tahun berturut2). Dan yang akhirnya berlaku pula lintasan bintang berekor(komet halley) mendekati bumi dari arah timur ke barat pada tahun 1986.
Tanda2 yang Nabi khabarkan ini benar2 telah berlaku. Sekitar dari tahun 1976 sehinggalah tahun 1986. Jika menilik kepada hadis2 Nabi tadi bahawa Imam Mahdi akan muncul bila berlakunya tanda2 tersebut. Adakah muncul di sini membawa maksud zahirkan diri?? Jika dengan maksud zahirkan diri, jadi di mana Imam Mahdi sekarang??? Hadis tentang kemunculan Imam mahdi itu bahasa kiasan yang kita andaikan bahawa muncul di situ dengan maksud lahir. Bukan zahirkan diri. Kebarangkalian Imam Mahdi telah lahir(muncul di dunia ini) pada tahun 1981 atau 1982 ketika berlakunya 2 gerhana dalam 1 bulan (Ramadhan) dulu.
Jika Imam Mahdi telah dilahirkan pada tahun 1981 maka umur Imam Mahdi sekarang sekitar 29 tahun(bukan muktamad). Ini kerana sekarang sudah tahun 2010. 2010 ditolak dengan tahun 1981 maka kita akan dapat 29. Diceritakan bahawa Imam Mahdi akan zahirkan dirinya ketika berumur 40 tahun(kemungkinan).
"Akan dibaiat seorang laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Ka'bah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Jika ketika umur 40 Imam Mahdi mula zahirkan dirinya dan memerintah dunia ini. Kiraan kita ialah 40 ditolak 29 tahun maka kita akan dapat jawapan 11 tahun. Secara kiraan kasar ini kemungkinan lagi 11 tahun untuk Imam Mahdi untuk munculkan diri dengan cara di baiah oleh orang ramai di Mekah.
Bilakah tahun itu jika 11 tahun lagi?? Sekarang ini tahun 2010. Jika ditambah 11 tahun lagi maka kita akan dapat jawapannya bahawa pada tahun 2021!!!
Semua kita sudah maklum bahawa munculnya(zahirkan diri) Imam Mahdi ketika dunia ini berada dalam huru hara, kacau bilau, peperangan dan pembunuhan di mana2 saja. Maka munculnya Imam Mahdi ketika itu untuk amankan dunia kembali dalam pemerintahannya yang adil. Sabda Nabi;
“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)
Cuba kita perhatikan sekarang ini. Bermula dari tahun ini(2010) untuk ke tahun 2021 mengambil masa 11 tahun. Sepanjang 11 tahun ini dijangka akan berlakunya perang dunia ke 3. Peperangan yang akan mematikan begitu ramai jiwa manusia. Pembunuhan di sana sini. Dunia menjadi huru hara. Tak pernah terjadi lagi dalam sejarah manusia huru hara dan kacau bilau seperti itu nanti. Ketika dunia berada dalam kacau bilau itu sepanjang 11 tahun ini, maka disaat itulah Allah izinkan Imam Mahdi zahirkan dirinya untuk memimpin manusia dan memerintah dunia ini dengan keadilan dan keamanan. Pada waktu Imam Mahdi muncul, dunia dalam kondisi kacau. Kemaksiatan bermaharaja lela, perang antara negara melanda dunia. Perang saudara membara, perang antara kelompok, suku, etnik, golongan, organisasi dan aliran terjadi di mana-mana. Penguasa menindas, melibas, memeras dan merampas hak rakyatnya. Cuba lihat balik pada hadis di atas.
Ketika tercetusnya perang dunia ke 3 itu, bom nuklear akan diletupkan. Menyebabkan radioaktif bertebaran di seluruh dunia(mematikan ramai umat manusia). Radioaktif bumi terganggu dan sistem jana kuasa elektrik tidak mampu untuk berfungsi lagi. Maka menyebabkan sistem elektronik(jet pejuang, kereta kebal dan senjata2 canggih) tidak mampu berfungsi lagi. Dunia kembali seperti zaman dahulu. Berperang dengan menggunakan senjata2 lama seperti pedang, anak panah, tentera berkuda dan sebagainya. Mustahilkah jika dunia akan berperang seperti zaman dahulu?? Tak mustahil. Semua ini kerja Allah.
Kata Saiyuduna Ali;
“Sebelum munculnya al-Mahdi, pasukan berkuda as-Sufyani akan menyerang Kufah. Penduduk Khurasan pula (sibuk) keluar mencari al-Mahdi. Kemudian penduduk Khurasan itu bertemu dengan pasukan al-Hasyimi (yang berada) di tengah-tengah Panji-panji Hitam, di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh. Penduduk Khurasan (yang dipimpin oleh at-Tamimi dan al-Hasyimi) bertembung dengan pasukan as-Sufyani di kawasan yang berbatu dan terus terjadi pertempuran yang sengit. Dalam pertempuran itu, yang unggul adalah pasukan yang membawa Panji-panji Hitam, manakala pasukan as-Sufyani melarikan diri. Ketika itulah umat manusia (sangat-sangat) berharap agar dapat menemui al-Mahdi, dan mereka terus mencarinya.”
Dari Ibnu Mas’ud RA, sabda Nabi SAW,
“Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentera berkudanya ke Kufah seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentera yang lain seramai 15,000 orang juga, yang berkenderaan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi dan para pengikutnya. Maka pasukan tentera yang pertama tadi sampai ke Kufah, berjaya menawan kota itu, lalu memusnahkan apa sahaja, daripada kaum perempuan dan kanak-kanaknya, di samping membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu pulang semula (kepada as-Sufyani). Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang gagah berani (sihat)dari arah Timur, yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari (keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu (adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan mereka (wanita dan kanak-kanak tadi) lalu (segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentera yang kedua pula, sampai ke kota Madinah Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga hari..............."
Cuba lihat pada perkataan yang aku besarkan hitam itu. Pasukan berkuda... Maknanya akan menunggang kuda. Takkan zaman itu masih berperang menaiki kuda lagi(jika fikir logik akal)?? Sebab itulah teori yang mengatakan bahawa gangguan jana kuasa eletrik di bumi akan terganggu dan manusia akan kembali berperang menggunakan cara lama.. Wallahu a'lam.
Apa2 pun ini hanyalah teori berdasarkan hadis Nabi Muhammad. Hakikatnya kita tak tahu bilakah tarikhnya kemunculan Imam Mahdi. Entri ini ditulis bukan untuk dipercayai 100%. Tapi sebagai persediaan awal untuk kita menghadapi zaman itu nanti. Bertaubat lah segera mungkin. Mudah2an Allah jadikan kita ini termasuk di dalam tentera Imam Mahdi. Fitnah Dajjal sungguh dahsyat. Jangan ada orang yang cuba2 bercakap besar!!
Oleh itu, bermula dari tahun ini(2010), kita siap sedialah untuk hadapi semua ini. Minta ampun pada Allah dan kawan2 kita semua jika dosa dan salah yang kita lakukan. Masih sempat lagi. InsyaAllah... Tarikh 2021 itu bukanlah sesuatu yang muktamad. Cuma sebagai peringatan kita semua. Kita dah berada di akhir zaman. Bukan perkara main2 lagi....
Kata guruku yang mendengar dari seorang kawannya dan kawannya pula mendengar dari seorang Syaikh di Pakistan, bahawa tentera Imam Mahdi hanya menunggu masa saja untuk munculkan diri. Mereka hanya menunggu Amerika kalah di Afghanistan saja...
Mengikut 1 sumber dari ahli illuminati yang telah insaf mengatakan bahawa tahun 2012 akan bermulanya tahun HURU HARA yang akan dilakukan oleh puak illuminati.. Wallahu a'lam.
Apa2 pun hanya Allah saja yang tahu hakikat sebenarnya... Kita sebagai manusia bukanlah ahli nujum yang mampu meramal bila dan di mana ia berlaku. Fikir dan terus fikir. Kaji dan terus kaji.... Wallahu a'lam......
Sunday, February 13, 2011
Valentine's Day : Siapa Yang Sambut??

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut Ustazah Siti Nor Bahyah meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.
Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan kenyataan Siti Nor Bahyah Mahamood.
Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."
Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.
Saya mengkebilkan mata berkali-kali membaca berita hairan bin ajaib ini. Jikalau orang Kristian tidak menyambut acara perayaan valentine ini maka siapa yang menyambutnya?
Pelik... Di merata-rata shopping complex aku melihat ribut sungguh orang pelbagai bangsa dan agama menyambut dan mempromosikan satu hari mengawan yang akhirnya tiada asas dalam mana-mana agama.
Syabas kepada CCM kerana berani mempertahankan jatidiri orang Kristian dengan tidak bersekongkol menyambut dan mempromosikan Hari Mengawan Sedunia ini.
Nah! Bukankah akhirnya kumpulan Islam dan Kristian akhirnya mempunyai satu pendirian yang sama. Valentine's Day ini bukan sahaja Kristian tidak mengaku sebahagian daripadanya malah menentangnya bersama-sama kumpulan Islam yang lain.
Sekiranya kita ketepikan sementara isu Ustazah Siti Nor Bahyah untuk memohon maaf. Maka bukankah ini sudah menjadi berita baik??
Kumpulan Kristian yang berjatidiri dan Kumpulan Islam yang beriman bersatu menentang hari terkutuk ini bersama-sama. Mari kita berdialog dan hantarkan memorandum kepada kerajaan agar hari Valentine's ini diharamkan di negara Malaysia kerana ianya tidak mempunyai sebarang asas dalam mana-mana agama dan bangsa di Malaysia ini. Haramkan ianya dipromosikan di shopping-shopping complex, restoran atau mana-mana premis sekalipun.
Yang lagi penting HARAMKAN sebarang promosi di Televisyen... jangan lagi ada filem-filem yang ditayangkan khas sempena hari Syaitan Mengawan ini... Bila nak dekat 14 feb mulalah tayang Pretty Woman laaa....My best friend wedding la.... 9 September la... Syurga Cinta la.... Boleh perhatikan trend stesen televisyen 1-2 minggu ini. Bajet romantik la tu... Cett...
Bukankah Kementerian Penerangan di bawah 'Kerajaan Islam'?? Heh?
Bagi penyokong tegar Hari Kondom Sedunia/Valentine's (Itupun kalau pakai kondom la...selalunya terlepas jer.. pastu buang sana sini)... Kalau dah tak tahan nak mengawan tu propose le elok-elok... cari induk yang korang suka dan kahwin ikut cara masing-masing. Jangan kata mengawan 14 feb.... nak mengawan seumur hidup pun lantak korang la...
Sekali lagi ucapan tahniah kepada CCM kerana mempunyai jatidiri yang tebal. Jangan lupa berkempen untuk menegah penganut-penganut Kristian agar tidak terjebak dalam acara Valentine's yang menyesatkan ini.
Lagi cantik kalau boleh bersatu dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain dalam menyatakan kebenaran.
Sekian - Anti Valentine
Wednesday, October 6, 2010
Apabila Yahudi Redha Dengan ‘Islam’
Sila baca kertas kerja Mufti Wilayah Persekutuan ini untuk renungan bersama.
keluaran 22 September 2010;
http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/APABILA_YAHUDI_REDA_DENGAN_ISLAM.pdf
Maaf jika ada yang terasa... Ambillah pengajaran selagi hayat dikandung badan.
Saturday, September 25, 2010
Pembunuhan Sosilawati: Mencari keadilan menurut undang-undang jenayah syari'

MUKADIMAH
Kes jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan yang bukanlah jenayah pembunuhan episod pertama di dalam negara kita dan juga pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan sebelum ini. Ini menunjukkan betapa banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di negara ini. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah, sampai bilakah jenayah melibatkan pembunuhan akan berakhir dan adakah ianya akan menjadi kebiasaan sebagaimana kes-kes kecurian, pecah rumah dan rompakan bersenjata?
ASPEK PENILAIAN.
Antara aspek yang perlu difikirkan bersama ialah aspek perundangan. Ini kerana, perundangan antara aspek yang memberikan kesan pertambahan dan pengurangan jenayah itu sendiri. Setelah polis berjaya menangkap penjenayah setelah berhempas pulas mempertaruhkan nyawa dan jiwa mereka, ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk dibicarakan. Apabila dibicarakan, akhirnya hakim akan membuat keputusan berdasarkan ruang lingkup perundangan yang sedia ada, bukan menurut kehendak dan keinginan hakim itu sendiri. Di sinilah titik terakhir dalam proses penyelesaian kes-kes yang melibatkan jenayah. Jika ia berjaya, maka mangsa jenayah akan terbela, penjenayah akan insaf dan serik, penjenayah yang belum ditangkap berhenti daripada aktiviti jenayah mereka bahkan menjadi penamat bagi kelahiran bakal-bakal penjenayah yang baru.
Di samping kecekapan anggota keselamatan serta sistem kawalan keselamatan individu yang perlu dikaji dan dipertingkatkan, DPPP merasakan bahawa undang-undang yang menjadi titik penamat bagi sesuatu kes jenayah adalah amat penting untuk dinilai bersama. Jika undang-undang berjaya menjadi pendidik, pengancam dan pencegah jenayah, maka pihak polis tidak perlu bertungkus lumus mempertaruhkan jiwa dan nyawa mereka serta meletakkan isteri, anak-anak dan keluarga mereka di dalam kebimbangan.
Begitu juga halnya dengan hakim, peguam-peguam dan seumpamanya. Mereka juga bukanlah golongan yang bertanggungjawab sepenuhnya apabila penjenayah yang mereka jatuhi hukuman tidak serik atau hukuman itu tidak menginsafkan atau tidak mencegah jenayah baru daripada berlaku sekalipun sudah terlalu banyak penjenayah dijatuhkan hukum. Ini kerana, mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka justeru mereka juga terikat dengan undang-undang yang sedia ada, khususnya sistem kehakiman dan undang-undang itu sendiri.
Oleh itu, penting untuk dibuat penilaian terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara supaya ianya lebih berperanan dan lebih berkesan di dalam menurunkan atau mengsifarkan kadar jenayah. Atau dengan kata lain, lebih bersifat mencegah daripada berlaku, menginsafkan yang dah dilakukan, membela keluarga mangsa dan mengamankan negara, iaitu ciri-ciri perundangan Syari’ah Islam.
Monday, August 9, 2010
Kahwin muda atau berzina? Saya sokong 100%

Isu kahwin muda yang dilontarkan oleh Ketua Menteri Melaka sangat saya sokong 100%. Walaupun ramai pihak daripada pembangkang mahupun kerajaan yang pesimis akan hal ini namun bagi saya mereka cuma gagal memahami isu yang cuba dilontarkan. Isunya adalah realiti yang berlaku iaitu 'bayi telah dibuang merata-rata'.... diulang merata-rata... Sekarang ini apakah penyelesaian terhadap realiti yang berlaku ini?
Kenapa perlu diulang tentang peranan ibu-bapa dalam hal ini?
Kenapa perlu diulang tentang peranan masyarakat?
Kerajaan?
Jiran?
Bukankah perkara tersebut telah muak dibincangkan? Selesaikah?
Sekurang-kurangnya cadangan Ketua Menteri Melaka itu bersifat praktikal untuk meminumkan kesan yang berlaku.
Contohnya, jika ada satu bom yang diletakkan berhampiran kita dan diketahui akan meletup dalam 5 minit lagi... apa yang akan kita buat? Pasti samaada kita akan lari sejauh mungkin.. atau berlindung di mana-mana dinding untuk meminimumkan kesannya. Adakah logik dalam waktu 5 minit itu kita berbincang untuk mencari siapa yang letakkan bom tersebut dengan harapan dia akan mematikannnya??? Gila.
Friday, June 25, 2010
Selamat Jalan Ustaz Fadlan...

Oleh : Sahabat Insaf
Melihat siapa ulama yang bakal memeluk UMNO pada hari ini amat memeranjatkan saya. Ustaz Fadlan Mohd Othman. (Lihat link blog beliau : http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/). Beliau mengajar secara sambilan di sebuah tempat di Kuala Lumpur dan saya pernah mengikuti pengajarannya selama beberapa bulan. Adusss..... siap mengetuai jemaah memeluk UMNO beramai-ramai.
Saya berhenti mendengar pengajiannya apabila menghidu bau-bau super salaf di dalam pengajiaannya. Antaranya, Allah ada tangan tapi tangannya tak serupa macam tangan kita...begitu juga kaki, wajah.....
Saya terkedu... Terkesima... Ambil masa yang agak lama juga untuk meninggalkan pengajiannya.
Saya tak alim mana... Cuma bila ada yang tak kena tu hati akan cepat beralih... fatwa hati.
Beliau mengajar akidah berdasarkan hadith-hadith sahih dan menerangkannya secara langsung.
Secara langsung.... Betul-betul secara langsung..
Saya ikut setelah diajak kawan... Entah apa jadi dengan dia sekarang.
Entah dah jadi anak "Pak Wahab" atau tidak.
Pak Wahab banyak anak-anaknya di serata Malaysia... Belah pembangkang ataupun belah APCO. Jadi bila ada yang menentang golongan Pak Wahab ni jangan dikata pro-Apco ataupun pro-Pembangkang... Belum tentu... Kebenaran makin samar.
Senyap sebentar dan dengarkan fatwa hati.
Selamat Jalan Ustaz Fadlan.
Wednesday, November 25, 2009
Bahaya Taklid Dalam Tauhid
umat islam hanya mentauhidkan Allah yang esa dan tidak menyembah makhluk lain. |
APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.
Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.
Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.
Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).
Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.
Tuesday, November 3, 2009
Penangkapan Dr. Asri : Kemuncak sebuah kekeliruan

Saya cuba menahan diri daripada menulis isu-isu agama yang berat terutama berkaitan pertembungan Wahabi Vs Ahlus sunnah wal jamaah memandangkan kepakaran saya bukanlah pada bidang agama. Apabila memperkatakan tentang isu penangkapan Dr Asri memang tidak dapat dielakkan mengulas sedikit sebanyak isu ini. Saya akan cuba berhati-hati menulis agar tiada sebarang pihak terasa akan kepedasan penulisan ini. Lebih baik tersalah bicara dalam bab dunia daripada bab agama.
Secara amnya, pertembungan Wahabi Vs Ahlus sunnah hanyalah berlingkar perdebatannya di kalangan alim ulama dan amat jarang orang biasa/awam seperti saya mendapat inti terhadap isu-isu yang diperdebatkan. Ibarat melihat masalah dalaman rumah jiran sendiri yang bergaduh suami isteri ... kita hanya tahu sedikit sebanyak tentang isi pergaduhan mereka akibat jerit-pekik, balingan periuk, pinggan mangkuk dan selebihnya hanya lebih kepada spekulasi dan andai-mengandai.
Saya seperti orang awam yang lain dibesarkan dengan fahaman ahlus sunnah yang bermazhab syafie di Malaysia. Kami diajar ada 4 mazhab ahlus sunnah dan semuanya benar cuma terdapat sedikit sebanyak perbezaan yang tidak membawa kepada perbezaan akidah. Sifat 20 menjadi asam garam dalam pengajian ini. Kami bersangka baik dengan semua ustaz dan ustazah yang mengajar dan tidak pernah menyelidik sama ada yang diajar itu ada unsur Wahabi atau tidak.
Saturday, October 10, 2009
Fitnah Al Masih Ad-Dajjal
Sumber:http://abumusa2.blogspot.com
Ujian Allah SWT menerusi makhlukNya yang bernama Al Masih Ad-Dajjal adalah sebesar-besar ujian yang ditimpakanNya kepada ummat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda: "Sejak Allah SWT menciptakan nabi Adam AS sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujianpun yang lebih dahsyat daripada Dajjal."
Sebelum kemunculan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama tiga tahun. Pada tahun pertama, hujan akan kurang sabanyak 1/3 daripada biasa, pada tahun kedua akan kurang 2/3 daripada biasa dan pada tahun ketiga hujan terus tidak turun. Umat ketika itu akan dilanda kebuluran dan kemarau. Di saat itulah Dajjal akan muncul membawa ujian. Dalam satu riwayat, penyokong Dajjal akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW: "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan."
Sunday, September 27, 2009
Sejarah nabi palsu dan wahyu syaitan...

Oleh: Abduh Zulfidar Akaha
وَإِنَّهُ سَيَكُونُ فِي أُمَّتِي كَذَّابُونَ ثَلَاثُونَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ نَبِيٌّ وَأَنَا خَاتَمُ النَّبِيِّينَ لَا نَبِيَّ بَعْدِي .
“Sesungguhnya akan ada tiga puluh orang pendusta di tengah umatku. Mereka semua mengaku nabi. Padahal, aku adalah penutup para nabi, tidak ada nabi sesudahku.”
Takhrij
Hadits ini diriwayatkan Abu Dawud (3710), At-Tirmidzi (2145), Ibnu Majah (3942), Ahmad (21361), Al-Baihaqi dalam Dala`il An-Nubuwwah (2901), Ibnu Wadhdhah dalam Al-Bida’ (249), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (8509), Ibnu Hibban dalam Shahihnya (7361), dan Ath-Thabarani dalam Musnad Asy-Syamiyyin (2623); dari Tsauban bin Bujdud RA. At-Tirmidzi berkata, “Ini adalah hadits hasan shahih.” Al-Hakim berkata, “Hadits ini shahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim, namun mereka berdua tidak mengeluarkannya.” Syaikh Al-Albani menshahihkan hadits ini dalam Tahqiq Misykat Al-Mashabih (5406), Shahih Sunan Abi Dawud (4252), Shahih Sunan At-Tirmidzi (2219), dan Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir (2654).
Dengan matan sedikit berbeda, hadits tentang akan munculnya nabi palsu juga diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3340), Muslim (7526), At-Tirmidzi (2144), Ahmad (6930), dan Ath-Thabarani dalam Al-Kabir (199); dari Abu Hurairah RA.
Thursday, August 20, 2009
Ahlan Ya Ramadhan (Niat & Doa)

Penyusun : Sahabat Insaf
Di sini disusun doa-doa dan niat untuk berpuasa bulan Ramadhan... Selamat datang Ramadhan!
Sunday, August 9, 2009
Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:
1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:
فر من المجزوم كما تفر من الأسد
“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)
Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.
Friday, August 7, 2009
Mencari Rosli Dhoby di kalangan kita...
Penulis dan penyusun : Sahabat Insaf
Membaca riwayat hidup Rosli Dhoby dan merenung kejernihan wajahnya membuatkan penulis sebak tetapi membakar semangat yang kadang-kadang surut bak air pasang laut. Rosli Dhobi adalah Pahlawan Melanau Sarawak yang berjuang untuk mepertahankan maruah Islam dan bangsa yang tercalar dek kerakusan penjajah@pengganas British.
Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Thursday, August 6, 2009
Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular (H1N1)
Wednesday, August 5, 2009
Ababil... Sunnatullah Yang Diperlekehkan

Dengan RahmatNya juga kita dianugerahkan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup dan penggerak kemajuan bagi setiap Muslim benar-benar beriman. Al Quran, wahyu yang diturunkan Allah melalui perantaraan Ruhul Quddus kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rahmatan lil 'Alamin, membentuk peribadi Rasullullah s.a.w. menjadi contoh manusia teragung yang seharusnya dijadikan ikutan semua yang bergelar muslim.
Friday, July 31, 2009
Peruntuh masjid peluk Islam
BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.
Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.
Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Saturday, July 25, 2009
Dakwah Dan Jihad Ahli Tasawuf

Dicatat oleh IbnuNafis Label: Artikel Pilihan Jom Faham, Tasawwuf dan Tarikat
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه
Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya.
Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.
Saturday, July 11, 2009
Tragedi Natrah - 2
Oleh Mohd Sayuti Omar
Mungkin juga perasaan sebak dan terharu akan memenuhi diri apabila mengenangkan nasib dan liku-liku kehidupan yang pernah ditempohi Natrah yang begitu sulit, tragis dan menyedihkan.
Friday, July 10, 2009
Tragedi Natrah - 1

Siapakah Natrah?
Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah
Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.
Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.
Susur galur
- 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
- Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
- Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.