Showing posts with label silat. Show all posts
Showing posts with label silat. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

Jikalau Malaysia diserang....

Penulis : wan panglima

Entahla nak kata kelakar atau sedih dengan kualiti pertahanan negara. Sebuah Enjin jet pejuang negara boleh lesap??? Enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur hilang/lesap/ghaib ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah. Entah gila ke apa?? Bagaimana Enjin seberat beratus kilogram itu boleh dibawa keluar dan dijual pula ke Eropah??

Paling kurang cuba kita fikirkan begini;

1. Enjin itu pastinya perlu dibawa keluar daripada Pangkalan Udara... Tempat yang paling banyak tentera yang sepatutnya melindungi negara kita boleh dilepaskan?? Bagaimana kalau ada yang bawa keluar senjata?? Bom??

2. Apabila Enjin itu berjaya dibawa keluar... Pastinya perlu melalui kastam atau mana-mana peronda sempadan untuk dibawa ke Eropah... Macam mana boleh bolos??? Weiii... ini bukan main bola... Ini kedaulatan negara!!!

Tuesday, June 30, 2009

Raja Haji - Pahlawan Teragung Nusantara

RAJA HAJI

Pahlawan Teragung Nusantara


Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

MASYARAKAT Melayu masih ramai belum mengetahui bahawa di Melaka ada beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu.

Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Di antara sekian ramai yang gugur sebagai syuhada termasuklah seorang ‘ulama’ sufi dunia Melayu yang paling terkenal. Beliau bermakam di Melaka. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i yang terkorban sebagai syuhada kerana berperang dengan Portugis.

Sejarah yang penting tentang tokoh besar yang syahid fisabilillah di Melaka juga ialah Raja Haji bin Upu Daeng Celak yang terkorban kerana melawan penjajah Belanda. Saya berpendapat bahawa Raja Haji ialah pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat semacam Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan maritim yang amat luas. Raja Haji inilah yang menjadi topik perbicaraan dalam artikel ini.

Iklan