Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day : Siapa Yang Sambut??

Oleh : Sahabat Insaf

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut Ustazah Siti Nor Bahyah meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan kenyataan Siti Nor Bahyah Mahamood.

Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.

Saya mengkebilkan mata berkali-kali membaca berita hairan bin ajaib ini. Jikalau orang Kristian tidak menyambut acara perayaan valentine ini maka siapa yang menyambutnya?

Pelik... Di merata-rata shopping complex aku melihat ribut sungguh orang pelbagai bangsa dan agama menyambut dan mempromosikan satu hari mengawan yang akhirnya tiada asas dalam mana-mana agama.

Syabas kepada CCM kerana berani mempertahankan jatidiri orang Kristian dengan tidak bersekongkol menyambut dan mempromosikan Hari Mengawan Sedunia ini.

Nah! Bukankah akhirnya kumpulan Islam dan Kristian akhirnya mempunyai satu pendirian yang sama. Valentine's Day ini bukan sahaja Kristian tidak mengaku sebahagian daripadanya malah menentangnya bersama-sama kumpulan Islam yang lain.

Sekiranya kita ketepikan sementara isu Ustazah Siti Nor Bahyah untuk memohon maaf. Maka bukankah ini sudah menjadi berita baik??

Kumpulan Kristian yang berjatidiri dan Kumpulan Islam yang beriman bersatu menentang hari terkutuk ini bersama-sama. Mari kita berdialog dan hantarkan memorandum kepada kerajaan agar hari Valentine's ini diharamkan di negara Malaysia kerana ianya tidak mempunyai sebarang asas dalam mana-mana agama dan bangsa di Malaysia ini. Haramkan ianya dipromosikan di shopping-shopping complex, restoran atau mana-mana premis sekalipun.

Yang lagi penting HARAMKAN sebarang promosi di Televisyen... jangan lagi ada filem-filem yang ditayangkan khas sempena hari Syaitan Mengawan ini... Bila nak dekat 14 feb mulalah tayang Pretty Woman laaa....My best friend wedding la.... 9 September la... Syurga Cinta la.... Boleh perhatikan trend stesen televisyen 1-2 minggu ini. Bajet romantik la tu... Cett...

Bukankah Kementerian Penerangan di bawah 'Kerajaan Islam'?? Heh?

Bagi penyokong tegar Hari Kondom Sedunia/Valentine's (Itupun kalau pakai kondom la...selalunya terlepas jer.. pastu buang sana sini)... Kalau dah tak tahan nak mengawan tu propose le elok-elok... cari induk yang korang suka dan kahwin ikut cara masing-masing. Jangan kata mengawan 14 feb.... nak mengawan seumur hidup pun lantak korang la...

Sekali lagi ucapan tahniah kepada CCM kerana mempunyai jatidiri yang tebal. Jangan lupa berkempen untuk menegah penganut-penganut Kristian agar tidak terjebak dalam acara Valentine's yang menyesatkan ini.

Lagi cantik kalau boleh bersatu dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain dalam menyatakan kebenaran.

Sekian - Anti Valentine

Saturday, November 20, 2010

Percutian : Lumut dan Teluk Batik


Oleh : Sahabat Insaf

Dah lama tak singgah di Lumut dan Teluk Batik di Perak. Percutian kali ini ala-ala kadar jer... Sambil balik kampung sambil berkelah balik hari... Huhhh lepaskan tension kerja!

Teluk Batik sekarang semakin ramai pengunjung... Tapi masih antara pantai yang terbersih di sebelah pantai barat. Kalau port dickson tu kira kotor yang amat la.... Dah ler ada buaya.. takut.. hehe.

Bawa baby (Nurimanina) pergi berkelah... Cukup seronok sekali Iman... First time dia pergi Teluk Batik la katakan.


Antara perubahan yang dapat diperhatikan di sini ialah pembinaan pulau tambak tiruan oleh MB perak kita Zambry berdekatan Teluk batik. Pulau tiruan takper jgn MBnyer dahler.


Well nice view.... Makanan laut kat sini pun best-best. Kalau singgah di Lumut jangan lupa borong makanan laut kering kat sini. Saya borong sampai dekat RM100... Stroller si Iman jadi mangsa untuk bawak barang-barang kering ni. Hehe.. tuler gunanya Stroller.

Kalau datang sini dan rajin duduk lama-lama alang-alang pergi le ke Pulau Pangkor tempat Zambry... Very nice lah... sebab dekat pulau tiruan tu ada dibuat pelabuhan baru ke Pangkor. Lebih dekat ikut sini daripada Lumut.

Apa lagi mohler kite ke Perak!

Saturday, October 30, 2010

PAS Bayar RM250 Balik Mengundi Adalah Tidak Wajar Sama Sekali!

Oleh : Sahabat Insaf

Pas membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini. Mula-mula ingat berita ini berita spin... Tapi setelah diperiksa memang betul dan memang tak patut sama sekali!

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi.Beliau bagaimanapun menafikan bayaran itu adalah satu bentuk rasuah untuk para pengundi sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah saya mendengar PAS menabur duit dalam pilihanraya. Sebelum ini yang hanya saya dengar adalah daripada pihak UMNO-BN dan PKR. Dalam press conference, Datuk Wan Abdul Rahim selaku penasihat jentera pilihanraya PAS mengatakan itu bukanlah rasuah tapi sekadar menampung kos perjalanan sahaja.

Walaupun berkopiah, Datuk Wan Abdul Rahim ini menunjukkan tahap jahil tukil yang tidak boleh diubati lagi apabila menghalalkan penaburan duit ketika pilihanraya ini. Apa beza kamu dengan UMNO sekarang?

UMNO buat rumah kos rendah bernilai ratusan juta ketika pilihanraya kecil dengan alasan yang lebih kurang sama iaitu membantu masyarakat miskin.

UMNO buat masjid... Buat jambatan ketika pilihanraya... Untuk masyarakat kononnya...

PAS kata ini RASUAH PILIHANRAYA!

Bila PAS bagi RM250 untuk pengundi halallan toyyiban! Kitab mana kau bukak? Pandai tak boleh ditegur jahil tak boleh diajar!

Namun saya yakin ini bukanlah pendirian parti PAS keseluruhannya. Namun PAS haruslah mengambil tindakan tegas terhadap insiden ini dengan MEMECAT Datuk Wan Abdul Rahim ini sebagai penasihat jentera pilihan raya dan menggantung keahliannya sebagai ahli PAS untuk sekurang-kurangnya 2 tahun.

Secara peribadi saya meminta Datuk Wan Abdul Rahim menarik balik kenyataannya dan bertaubat kepada Allah SWT kerana telah mencemarkan nama baik pendukung-pendukung Islam keseluruhannya.

Wednesday, October 6, 2010

Apabila Yahudi Redha Dengan ‘Islam’

Oleh : Sahabat Insaf

Sila baca kertas kerja Mufti Wilayah Persekutuan ini untuk renungan bersama.

keluaran 22 September 2010;

http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/APABILA_YAHUDI_REDA_DENGAN_ISLAM.pdf

Maaf jika ada yang terasa... Ambillah pengajaran selagi hayat dikandung badan.

Saturday, September 25, 2010

Pembunuhan Sosilawati: Mencari keadilan menurut undang-undang jenayah syari'

Oleh : Nasrudin Hassan At Tantawi
MUKADIMAH

Kes jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan yang bukanlah jenayah pembunuhan episod pertama di dalam negara kita dan juga pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan sebelum ini. Ini menunjukkan betapa banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di negara ini. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah, sampai bilakah jenayah melibatkan pembunuhan akan berakhir dan adakah ianya akan menjadi kebiasaan sebagaimana kes-kes kecurian, pecah rumah dan rompakan bersenjata?

ASPEK PENILAIAN.

Antara aspek yang perlu difikirkan bersama ialah aspek perundangan. Ini kerana, perundangan antara aspek yang memberikan kesan pertambahan dan pengurangan jenayah itu sendiri. Setelah polis berjaya menangkap penjenayah setelah berhempas pulas mempertaruhkan nyawa dan jiwa mereka, ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk dibicarakan. Apabila dibicarakan, akhirnya hakim akan membuat keputusan berdasarkan ruang lingkup perundangan yang sedia ada, bukan menurut kehendak dan keinginan hakim itu sendiri. Di sinilah titik terakhir dalam proses penyelesaian kes-kes yang melibatkan jenayah. Jika ia berjaya, maka mangsa jenayah akan terbela, penjenayah akan insaf dan serik, penjenayah yang belum ditangkap berhenti daripada aktiviti jenayah mereka bahkan menjadi penamat bagi kelahiran bakal-bakal penjenayah yang baru.

Di samping kecekapan anggota keselamatan serta sistem kawalan keselamatan individu yang perlu dikaji dan dipertingkatkan, DPPP merasakan bahawa undang-undang yang menjadi titik penamat bagi sesuatu kes jenayah adalah amat penting untuk dinilai bersama. Jika undang-undang berjaya menjadi pendidik, pengancam dan pencegah jenayah, maka pihak polis tidak perlu bertungkus lumus mempertaruhkan jiwa dan nyawa mereka serta meletakkan isteri, anak-anak dan keluarga mereka di dalam kebimbangan.

Begitu juga halnya dengan hakim, peguam-peguam dan seumpamanya. Mereka juga bukanlah golongan yang bertanggungjawab sepenuhnya apabila penjenayah yang mereka jatuhi hukuman tidak serik atau hukuman itu tidak menginsafkan atau tidak mencegah jenayah baru daripada berlaku sekalipun sudah terlalu banyak penjenayah dijatuhkan hukum. Ini kerana, mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka justeru mereka juga terikat dengan undang-undang yang sedia ada, khususnya sistem kehakiman dan undang-undang itu sendiri.

Oleh itu, penting untuk dibuat penilaian terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara supaya ianya lebih berperanan dan lebih berkesan di dalam menurunkan atau mengsifarkan kadar jenayah. Atau dengan kata lain, lebih bersifat mencegah daripada berlaku, menginsafkan yang dah dilakukan, membela keluarga mangsa dan mengamankan negara, iaitu ciri-ciri perundangan Syari’ah Islam.

Iklan