Oleh : Sahabat Insaf25 jam menaiki flight daripada KLIA-Dubai-Heathrow-Madrid-Jerez memang meletihkan. Tambah meletihkan apabila baggages yang sepatutnya ikut bersama lewat sampai apabila tiba di Jerez Spain. Agak teruja apabila dapat merasa naik Airbus A380 daripada Dubai ke Heathrow. Memang besar dan sistem penumpang Emirates Airlines agak mengagumkan. Dengan entertainment dan flight monitor view boleh mengisisi kekosongan masa 7 jam penerbangan.... Namun agak kurang selesa dengan tempat duduk yang cukup-cukup... Apa nak buat mereka pun nak optimumkan keuntungan....
3 minggu urusan kerja di EADS CASA Centro De Bahiaz Sanlucar agak mencabar kerana rata-rata penduduk di sini tidak pandai langsung berbahasa Inggeris. Bagai ayam dan itik.... Ibarat peraduan teka dan menang... Itulah bagaimana kami cuba berkomunikasi di sini. Anak syarikat Airbus ini juga rata-rata pekerjanya tidak tahu berbahasa Inggeris termasuk daripada Jurutera ke atas.


